Page 7 - pdf novel t.2. sinopsis meniti impian
P. 7

dan papan bermacam-macam ukuran. Zahar dan pelatih-pelatih lain

                       tertarik melihat deretan mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada

                       akhir kelas, Cikgu Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan

                       yang perlu kepada pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan

                       sedikit  nasihat  kepada  semua  pelatih.  Zahar  berjanji  pada  dirinya

                       untuk  berusaha  bersungguh-sungguh  menjadi  seorang  pelatih  yang

                       berjaya  dan  membuktikan  anggapan  sesetengah  orang  yang

                       memandang rendah terhadap lulusan IKM itu tidak benar.

                       Zahar  pulang  ke  kampung  pada  pagi  hari  sabtu  setelah  beberapa

                       minggu berada di IKM.  Zahar berasa pelik dengan suasana kampung

                       setelah mula melangkah masuk ke kampungnya. Dua tiga orang laju

                       berbasikal    menuju  ke  rumah  Pak  Karim.  Di  sudut  halaman  rumah

                       Pak  Karim  yang  luas  itu  kelihatan  orang  sedang  memasak

                       menggunakan  kawah  yang  besar  dan  suasana  agak  riuh  rendah.

             9         Zahar  terfikir  bermacam-macam  perkara  walaupun  pada  hakikatnya

                       dia  tidak  mahu  memikirkan  hal  keluarga  Pak  Karim.  Zahar  terus

                       melangkah  pulang  ke  rumahnya.  Adiknya  Zakri  memaklumkan

                       bahawa  abang  dan  emaknya  pergi  ke  rumah  Pak  Karim  makan

                       kenduri. Zahar menyalin pakaian dan terus turun untuk ke rumah Pak

                       Yusuf. Rumah Pak Yusuf lengang kerana Pak Yusuf dan isterinya ke

                       rumah Pak Karim. Zahar masuk ke bangsal pertukangan Pak Yusuf

                       melihat  keadaan  sekeliling  yang  tidak  banyak  berubah.  Terdapat

                       sebuah  almari  pakaian  yang  sudah  berdiri  tegak.  Dia  teringat  akan

                       pesanan Cikgu Baharum bahawa perabot yang bermutu tinggi bukan


                       terletak  pada  ukiran  yang  unik  tetapi  juga  pada  kerja  yang  cermat,
                       teliti, halus dan berseni.


                       Setiap  awal  bulan,  suasana  di  pejabat  IKM  agak  sibuk.  Zahar  dan

                       pelatih-pelatih  berbaris  menunggu  giliran  untuk  mengambil  wang





                                                                                                         7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12