Page 22 - BUKU PENGURUSAN SMK SEGAMBUT 2022
P. 22

PANDUAN AM GURU (A) : PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH

               ARAHAN AM

               1.1  Selaku  Pegawai  Kerajaan,  guru  adalah  tertakluk  kepada  arahan  yang  terdapat  dalam  Perintah  Am
                   Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut.

               1.2  Guru  sebagai  kakitangan  perkhidmatan  awam  adalah  tertakluk  kepada  peraturan-peraturan
                   perkhidmatan awam (kelakuan dan tatatertib) 1993. Pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-
                   peraturan  ini  akan  mengakibatkan  seseorang  pegawai  itu  dikenakan  tindakan  tatatertib.  Rujuk
                   Perintah Am Bab D, Peraturan 4:
                    a)  Seseorang pegawai tidak boleh:
                    i.  Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan sendiri.
                    ii.  Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya
                           bercanggah dengan tugas awam.
                    iii.  Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa;
                           dia telah membiarkan kepentingan persendirian bercanggah dengan tugas awamnya hingga
                           menjejaskan kegunaan sebagai seorang pegawai awam, atau;
                    iv.  Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.
                    v.  Kurang cekap atau kurang berusaha.
                    vi.  Tidak jujur atau tidak amanah.
                    vii. Tidak bertanggungjawab.
                    viii. Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong
                         atau memajukan tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan anggota-
                          anggota awam lain.
                    ix.  ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan
                          munasabah sebagai ingkar perintah; dan
                    x.  Cuai dalam melaksanakan tugasnya

               1.3  Larangan penerimaan komisyen: Surat KPM Bil KP (77) 0163/64J jld 7 (4) bertarikh 11/12/2000.

               1.4  Peraturan  mengenai  larangan  meminjam  wang  dan  berada  dalam  keberhutangan  kewangan  yang
                   serius  ke  atas  pegawai  awam.  Gaji  bersih  bulanan  tidak  boleh  kurang  daripada  40%  daripada
                   pendapatan  bulanannya.

               1.5  Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
                    i.  Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta bersedia untuk pemeriksaan
                       oleh ketua Pendaftar salinan sukatan pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran
                       yang diajarkan dan senarai murid di bawah tanggungjawabnya.
                    ii.  Seseorang guru dalam suatu sekolah kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan Jarak jauh,
                       hendaklah menyimpan dan  menyelenggara suatu Buku  Rekod dalam mana hendaklah direkod
                       olehnya  tidak  lewat  daripada  hari  akhir  persekolahan  setiap  minggu  dalam  suatu  penggal
                       persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran, dan Buku Rekod hendaklah
                       dengan serta merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar.
                    iii.  Jika mana-mana Jadual, Sukatan Pelajaran, Jadual Waktu, atau masukan dalam Buku Rekod guru,
                       atau mana- mana salinanya yang diperlukan di bawah peraturan 6, 7 atau 8 untuk dikemukakan
                       diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, disediakan dalam satu bahasa selain Bahasa
                       Kebangsaan, seseorang Guru Besar/ Pengetua hendaklah mengemukakan atau mengadakan untuk
                       pemeriksaan jadual, Sukatan Pelajaran, Jadual Waktu, atau kemasukan dalam Buku Rekod guru,
                       atau salinannya dalam Bahasa Kebangsaan dalam tempoh 30 hari diarahkan oleh Ketua Pendaftar.
                    iv.  Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu Sukatan Pelajaran yang diluluskan dan suatu
                       Jadual Waktu yang diluluskan oleh itu jika mana-mana guru yang mengajar murid atau sesiapa
                       yang  membenarkan  seseorang  guru  mengajar  murid  melainkan  daripada  mengiku  Sukatan
                       Pelajaran yang diluluskan atau Jadual Waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan
                       apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 500 atau dipenjarakan selama tempoh tidak
                       melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.







                                                              21
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27