Page 24 - BUKU PENGURUSAN SMK SEGAMBUT 2022
P. 24
Bertugas Mingguan. Buku laporan Guru Bertugas Mingguan hendaklah dihantar ke pejabat Pengetua pada
setiap hari Jumaat.
3.5 Salah seorang Guru Bertugas Mingguan perlu berada di pintu utama sekolah 15 minit sebelum
persekolahan bermula untuk membantu pengawas menjaga disiplin murid semasa hadir ke sekolah
manakala seorang guru lagi perlu menguruskan perhimpunan.
3.6 Kutipan sumbangan PIBG hendaklah diselesaikan sebelum tarikh yang ditetapkan.
3.7 Jikalau guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, mereka bolehlah berurusan dengan Ketua
Pembantu Tadbir atau Pengetua.
3.8 Guru yang menghadapi masalah tentang Pengajaran dan Pembelajaran boleh berurusan dengan Ketua
Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Guru Penolong Kanan.
3.9 Guru akan diberi tugas-tugas berkaitan Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan Pentadbiran.
Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
3.10 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas, misalnya menghadiri mesyuarat, hadir ke Jabatan
atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh
mengarahkan guru lain melaksanakan tanpa pengetahuan Pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan
oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, maka perkara tersebut hendaklah dimaklumkan kepada
Pengetua.
3.11 Guru yang menghadiri mesyuarat/taklimat/kursus anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan /
Kementerian Pendidikan hendaklah menyediakan laporan ringkas dalam bentuk minit curai sebaik
kembali dari mesyuarat / taklimat / kursus. Laporan hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Penolong
Kanan Pentadbiran untuk pengesahan dan tindakan susulan.
3.12 Guru yang menghadiri kursus / bengkel hendaklah mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru lain
untuk berkongsi pengetahuan/kemahiran/bahan.
3.13 Tugas pengawas peperiksaan awam adalah wajib digilirkan dalam kalangan semua guru. Guru-guru yang
menawarkan diri sebagai Pemeriksa Kertas SPM / STPM apabila dicalonkan untuk bertugas sebagai
Petugas Peperiksaan Awam hendaklah menarik diri daripada menjadi Pemeriksa Kertas bagi tahun itu.
4.0 CUTI
4.1 Cuti Rehat Khas bukan hak tapi hanya sebagai keistimewaan / privilege yang hanya boleh diambil atas
urusan kecemasan, hal keagamaan, kematian, menerima ijazah dan diploma sahaja. Cuti Rehat Khas
hanya boleh diambil setelah mendapat kelulusan Pengetua terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan
memohon Cuti Rehat Khas untuk menyambung cuti hujung minggu / cuti am / cuti sekolah. CRK
hendaklah dipohon secara atas talian.
4.2 Cuti sakit – maksimum 15 hari daripada doktor swasta. Serahkan sendiri sijil cuti sakit kepada Pengetua
sebaik sahaja kembali bertugas.
4.3 Cuti Tanpa Gaji – implikasi kepada perkhidmatan pemberian bonus setahun.
4.4 Cuti Rehat / Cuti Penggal – Mengikut surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1977 guru berkelayakan mendapat
cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil oleh Pengetua tidak
melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian selain
daripada tugas mengajar.
4.5 Laporan cuti bersama borang-borang permohonan cuti dan sijil-sijil sakit akan dihantar ke JPWPKL
setiap akhir tahun.
23

