Page 23 - BUKU PENGURUSAN SMK SEGAMBUT 2022
P. 23

1.6  Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan
                   dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan yang lain.

              1.7  Guru hendaklah menghayati tatasusila profession perguruan dan menjunjungnya sebagai profession dan
                   bukan sebagai pekerjaan / mata pencarian semata-mata.

              1.8  Semua guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
                   perkhidmatan cemerlang.

              1.9  Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.

              1.10 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.

              1.11 Bertanggungjawab menjaga / menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta
                   benda sekolah.

              1.12 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap dalam menjalankan tugas.

              2.0  KEDATANGAN  GURU

              2.1  Smartpass
                       Kedatangan guru – mengimbas untuk waktu masuk dan keluar di mesin Smartpass.

              2.2  Guru tidak hadir – telefon/hantar mesej kepada pihak sekolah dengan segera sebelum jam 7.00 pagi.
                        Jika tidak hadir atas urusan rasmi tulis di papan putih dan whatsapp official relief sebab tidak berada di
                   sekolah.

              2.3  Datang lewat ke sekolah hendaklah dielakkan (keluar awal) dan temujanji doktor hendaklah dibuat
                        pada waktu tengah hari kecuali pemeriksaan hanya boleh dibuat pada waktu pagi sahaja.

              2.4  Guru keluar dalam waktu persekolahan (untuk urusan rasmi sahaja) – isikan Buku Keluar Guru / AKP
                   dan dapatkan pengesahan pengetua.

              2.5  Ketepatan masa di sekolah – berada di kawasan sekolah sebelum 7.25 pagi. Masuk ke kelas masing-
                        masing tepat pada waktunya. Pada hari Isnin semua guru hendaklah sampai ke sekolah sebelum 7.15
                   pagi.

              2.6  Guru yang bertugas mesti berada di sekolah selewat-lewatnya sebelum pukul 7.15 pagi dan balik
                        selepas pukul 3 petang atau selepas kegiatan kokurikulum tamat.

              2.7  Mesyuarat Guru, Kursus Perkembangan Staf, Kejohanan Sukan Olahraga, Hari Anugerah Kecemerlangan,
                   Karnival Keusahawanan, Kursus Dalaman dan sebagainya adalah diwajibkan hadir. Kehadiran diambil
                   dan direkodkan. Guru yang tidak hadir tanpa surat sakit dan kebenaran Pengetua dikehendaki memberi
                   surat tunjuk sebab.

              3.0  TUGAS GURU

              3.1  Tidak dibenarkan mengajar sambil duduk.

              3.2  Gunakan 3 minit pertama dan 3 minit terakhir untuk kekemasan diri murid, kebersihan dan keceriaan
                   kelas.

              3.3  Waktu ganti (relief) – wajib dipatuhi. Guru mata pelajaran / guru relief bertanggungjawab penuh ke atas
                   sesebuah kelas jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku di dalam kelas.

              3.4  Guru Bertugas Mingguan – sila patuhi giliran bertugas dan sediakan laporan dalam Buku Laporan








                                                              22
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28