Page 20 - PDF BUKU PENGURUSAN PRASEKOLAH SKTMR 2021
P. 20
Buku Pengurusan Prasekolah SK Taman Megah Ria
1. Pengurusan
Pengajaran dan 2. Pengurusan
Pentadbiran
Pemudahcaraan Kelas Prasekolah
(PDPC)
4. Pengurusan
3. Pengurusan
Hal Ehwal Murid Penyediaan
Makanan
Bilangan guru prasekolah adalah bedasarkan bilangan kelas prasekolah iaitu
seorang guru bagi sebuah kelas.
Guru Prasekolah bertanggungjawab kepada perkara berikut;
1. Pengurusan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPC)
✓ Melaksanakan PDPC dan pentaksiran bedasarkan KSPK.
✓ Merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
✓ Menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi
merangsang bimbingan dan asuhan.
✓ Mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan
menjelajah dalam kalangan murid prasekolah.
✓ Merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah supaya
bersedia untuk belajar.
✓ Memilih dan menyediakan bahan bantu mengajar serta peralatan yang
sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid
prasekolah.
✓ Mendampingi murid semasa menjalankan aktiviti harian di prasekolah
supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
✓ Melaksanakan aktiviti kokurikulum
✓ Menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan luar
kelas.
19

