Page 22 - PDF BUKU PENGURUSAN PRASEKOLAH SKTMR 2021
P. 22

Buku Pengurusan Prasekolah SK Taman Megah Ria


                                 PPM bertanggungjawab kepada perkara berikut;

                          1. Pengurusan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPC)

                   ➢  Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
                         ➢  Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan
                             menggembirakan bagi merangsang bimbingan dan asuhan.

                ➢  Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu dan minat untuk
                                      meneroka dalam kalangan murid prasekolah.
                    ➢  Membantu meransang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah

                                               supaya bersedia untuk belajar.
                  ➢  Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang
                           sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid
                                                           prasekolah.

                      ➢  Membantu mengawasi dan menjaga keselamatan, kesihatan dan
                     keselesaan murid sama ada di dalam atau luar kawasan sekolah semasa

                                           murid berkenaan di bawah jagaannya.
                     ➢  Memberi bantuan kepada murid dan mendampingi mereka semasa
                         menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat
                                                 melibatkan diri secara aktif.

                             ➢  Membantu guru prasekolah dalam penyediaan PDPC.

                                 2. Pengurusan Pentadbiran Kelas Prasekolah

                     ➢  Membantu guru mendaftar kehadiran murid prasekolah setiap hari.
                  ➢  Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas.
                 ➢  Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan

                                                           prasekolah.
                           ➢  Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
                              ➢  Mengemaskini data dan maklumat murid prasekolah.

                 ➢  Membantu menguruskan permohonan kemasukan dan pendaftaran murid
                                                           prasekolah.
                      ➢  Membantu menghubungi agensi-agensi luar atau pihak luar yang
                       bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.

                 ➢  Membantu guru prasekolah membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa
                          atau penjaga murid bagi murid yang bermasalah sekiranya perlu.

                 ➢  Membantu guru prasekolah dalam menguruskan akaun dan perkara yang
                                         berkaitan dengan kewangan prasekolah.
                ➢  Membantu guru merekodkan perbelanjaan dan sumbangan* yang diterima
                                                       untuk prasekolah.

                    *Tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998-Garis
                    Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah di dalam Perkhidmatan
                    Awam

                                                              21
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27