Page 21 - PDF BUKU PENGURUSAN PRASEKOLAH SKTMR 2021
P. 21
Buku Pengurusan Prasekolah SK Taman Megah Ria
2. Pengurusan Pentadbiran Kelas Prasekolah
✓ Membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
✓ Memastikan PPM mengurus surat menyurat yang berkaitan dengan
prasekolah.
✓ Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
✓ Mengurus permohonan kemasukan dan pendaftaran murid prasekolah.
✓ Mengemaskini data dan maklumat dalam Sistem Maklumat Prasekolah
Kebangsaan (SMPK).
✓ Melaksanakan penarafan kendiri menggunakan instrumen Standard Kualiti
Prasekolah Kebangsaan (SKPK).
✓ Melaksanakan pentaksiran murid secara berterusan.
✓ Bekerjasama dengan agensi lain atau pihak luar berkaitan prasekolah.
✓ Membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi
murid-murid yang bermasalah sekiranya perlu.
✓ Melaksanakan pengurusan kewangan prasekolah.
✓ Melaksanakan pengurusan fail secara sistematik.
✓ Bersama-sama murid dalam perhimpunan rasmi sekolah.
✓ Menyediakan dokumentasi lengkap bagi setiap program yang dijalankan.
✓ Membantu pentadbir memastikan PPM melaksanakan tugas mengikut
Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2003.
3. Pengurusan Hal Ehwal Murid
✓ Menyambut kedatangan murid dengan mesra.
✓ Memastikan murid berada dalam keadaan sihat dan bersih.
✓ Mendaftar kehadiran murid prasekolah setiap hari.
✓ Memastikan pergerkan keluar masuk murid semasa sesi persekolahan
direkodkan.
✓ Memastikan murid pulang dalam keadaan selamat.
✓ Memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin.
4. Pengurusan Penyediaan Makanan
✓ Memastikan penyediaan makanan oleh PPM mengikut menu yang
ditetapkan.
✓ Memastikan bahan keperluan penyediaan makanan dibekalkan ke kelas
prasekolah mengikut pesanan yang diluluskan.
✓ Memastikan perkakasan dan ruang yang digunakan untuk penyediaan
makanan sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan.
5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari
masa ke semasa.
20

