Page 25 - PDF BUKU PENGURUSAN PRASEKOLAH SKTMR 2021
P. 25
Buku Pengurusan Prasekolah SK Taman Megah Ria
KESELAMATAN SEMASA PENYEDIAAN MAKANAN
• Ruang pengudaraan hendaklah mencukupi dan sesuai.
• Penggunaan dapur elektrik adalah digalakkan.
• Jika menggunakan dapur gas, ruang memasak
hendaklah diasingkan menggunakan dinding batu bata
dan pintu rintangan api dengan ketahanan api tidak
kurang dua jam.
JIKA TIDAK MEMATUHI KRITERIA DI ATAS, PIHAK
PENTADBIR HENDAKLAH MEMASTIKAN;
• Aktiviti memasak hendaklah dilakukan di luar bangunan
prasekolah.
• Peralatan dan bahan-bahan yang mudah terbakar
hendaklah diletakkan berjauhan dari tempat aktiviti
memasak.
• semua peralatan memasak hendaklah disimpan kembali
ke tempat yang selamata selepas digunakan.
PROSEDUR PENYEDIAAN MAKANAN
• PPM perlu memasak bagi kelas prasekolah yang telah
dibekalkan dengan kelengkapan dan peralatan memasak
SITUASI PESANAN MAKANAN BOLEH DIBUAT
• Kelas tidak dibekalkan dengan PPM.
• Ketiadaan PPM kerana cuti bersalin, cuti rehat, cuti
tanpa gaji, cuti sakit dan menghadiri kursus.
• Tiada PPM ganti.
SEKIRANYA BELAKU SITUASI SEPERTI DI ATAS, PIHAK
PENTADBIR PERLU MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH
SEPERTI BERIKUT;
• Mendapatkan makanan bermasak daripada pembekal
yang dilantik.
• Memastikan pembekal mematuhi syarat-syarat (Garis
Panduan Makanan, Menu, Harga)
• Memastikan tatacara perolehan mengikut Surat
Pekeliling yang sedang berkuatkuasa,
24

