Page 23 - PDF BUKU PENGURUSAN PRASEKOLAH SKTMR 2021
P. 23

Buku Pengurusan Prasekolah SK Taman Megah Ria


                          3. Pengurusan Penyediaan Makanan / Megemas / Membersih
                     ➢  Menyedia (Memasak atau mendapatkan bekalan tersebut daripada

                      pembekal) dan menghidang makanan dan minuman yang bersih, berzat
                         dan seimbang bagi murid prasekolah bedasarkan cadangan menu

                                                     standard prasekolah.
                ➢  Mengemas dan membersihkan perkakasan seperti pinggan, piring, cawan,
                              peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
                   ➢  Menyedia dan mengemaskan kelas dan bilik-bilik atau ruang yang lain

                    sebelum dan selepas PDPC termasuk menyapu, mengunci pintu kelas dan
                                    menjaga kebersihan kelas dan ruang-ruang lain.
                 ➢  Mengatur kerusi dan meja serta mebantu guru menyusun alat dan bahan

                                                  pengajaran di dalam kelas.
                      ➢  PPM tidak diwajibkan mengambil suntikan tifoid bedasarkan surat
                     makluman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia nombor BIL (3)dlm

                           KKM-171/BKP/11/54/0803 JLD 2 bertarikh 24 Disember 2013 –
                       Permohonan Nasihat dan Penjelasan Berkenaan Suntikan Tifoid Bagi
                       Penyediaan Makanan Oleh Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah

                                             Kementeria Pendidikan Malaysia.

                                             4. Pengurusan Hal Ehwal Murid
                   ➢  Melayani kerenah murid prasekolah dan menolong meastikan mereka

                                                 sentiasa berkeadaan bersih.
                 ➢  Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid dari segi

                                     tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
                      ➢  Menyambut kedatangan murid semasa menghadiri kelas dan juga
                              memastikan mereka keluar kelas dalam keadaan selamat.
                 ➢  Membantu murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan

                                     murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
                 ➢  Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan
                                     prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.

                           ➢  Bersama-sama murid dalam perhimpunan rasmi sekolah.

                 5.  Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pentadbir dari

                                                      masa ke semasa*.
                    *Sebarang tugas yang diarahkan tidak boleh bersifat harian dan
                    menganggu tugas hakiki PPM Prasekolah










                                                              22
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28