Page 12 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 12

KATA ALU-ALUAN



                                  Pengarah
                                  Bahagian Pembangunan Kurikulum
                                  Kementerian Pendidikan Malaysia




                Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

                Buku Panduan  GPI (BPG) Pendidikan Islam Prasekolah digubal selaras dengan

                kandungan  Kurikulum  Standard  Prasekolah  Kebangsaan  (Semakan  2017).
                Kandungan  buku  panduan  ini  mengesyorkan  pelbagai  strategi  pengajaran  dan

                pembelajaran  yang  menyeronokkan,  kreatif  dan  bermakna  sesuai  dengan  tahap
                perkembangan murid prasekolah. Buku panduan ini diterbitkan khusus untuk GPI

                Pendidikan  Islam  yang  mengajar  di  kelas  prasekolah  bagi  memberi  idea  dalam
                merancang  dan  melaksanakan  pengajaran  dan  pembelajaran  serta  pentaksiran

                komponen Pendidikan Islam prasekolah.


                Bagi  mengoptimumkan  penggunaan  buku  panduan  ini,  GPI  Pendidikan  Islam

                dicadang  agar  merujuk  Buku  Panduan  GPI  Pelaksanaan  Kurikulum  Standard
                Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) yang diterbitkan untuk GPI prasekolah

                pada  2017.  Diharap  buku  panduan  ini  dapat  membantu  GPI  Pendidikan  Islam

                prasekolah memilih dan menggunakan strategi yang sesuai bagi membantu murid
                dalam penguasaan asas al-Quran dan jawi, pembentukan akidah, pemupukan asas

                ibadah, penyuburan adab dan akhlak serta pengenalan sirah.

                Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

                semua  pihak  yang  terlibat  dalam  penggubalan  buku  panduan  ini  dengan
                menyumbangkan  buah  fikiran  dan  tenaga.  Semoga  buku  panduan  ini  dapat

                memberi  manfaat  kepada  semua  pihak  berkepentingan  dalam  melaksanakan

                Kurikulum  Standard  Prasekolah  Kebangsaan  (Semakan  2017)  khususnya  bagi
                komponen Pendidikan Islam.

                Wassalam.

                SHAZALI BIN AHMAD



                                                            x
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17