Page 13 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 13

PENDAHULUAN


                  Buku Panduan GPI (BPG) Pendidikan Islam Prasekolah mengandungi maklumat

                  berkaitan  perancangan  dan  pelaksanaan  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)

                  serta pentaksiran bagi membantu GPI Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar     di
                  prasekolah merancang dan melaksanakan PdP Pendidikan Islam dengan lebih

                  berkesan.  BPG  Pendidikan  Islam  Prasekolah  ini  disediakan  berdasarkan
                  komponen  Pendidikan  Islam  dalam  Dokumen  Standard  Kurikulum  dan

                  Pentaksiran  (DSKP)  Kurikulum  Standard  Prasekolah  Kebangsaan  (KSPK)

                  Semakan 2017.

                  Buku  panduan  ini  mengandungi  enam  unit  yang  berkaitan  dengan  rekod

                  pengajaran  dan  pembelajaran;  strategi  PdP  Pendidikan  Islam  di  prasekolah;

                  pusat pembelajaran; Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pendidikan Islam di
                  prasekolah; dan pentaksiran. Setiap unit mengandungi pengenalan, kandungan

                  dan  diakhiri  dengan  rumusan.  Selain  itu,  beberapa  contoh  juga  dikemukakan
                  untuk menerangkan dengan lebih jelas sesuatu tajuk atau sub tajuk.


                  GPI dicadangkan merujuk buku panduan ini bagi mendapatkan maklumat dan
                  contoh  pelaksanaan  PdP  Pendidikan  Islam  prasekolah  yang  selaras  dengan

                  kehendak KSPK (Semakan 2017) dan tahap perkembangan kanak-kanak. GPI

                  juga  boleh  mendapatkan  bantuan  daripada  GPI  prasekolah  dan  pembantu
                  pengurusan murid  semasa  menjalankan  PdP  di prasekolah. Peruntukan masa

                  dua jam seminggu untuk PdP Pendidikan Islam di prasekolah harus digunakan

                  dengan bijak agar murid prasekolah dapat menguasai asas dalam Pendidikan
                  Islam melalui PdP yang menyeronokkan dan bermakna.


                  Dalam melaksanakan PdP di prasekolah, GPI hendaklah merujuk DSKP KSPK
                  (Semakan  2017)  komponen  Pendidikan  Islam,  Buku  Panduan  GPI  KSPK

                  (Semakan  2017)  dan  Buku  Penerangan  KSPK  (Semakan  2017).  GPI  juga

                  dicadangkan  supaya  meningkatkan  pengetahuan  dan  kemahiran  berkaitan
                  pendidikan prasekolah agar perancangan PdP yang dibuat turut mengambil kira

                  aspek kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak prasekolah.



                                                            xi
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18