Page 16 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 16
UNIT 2
REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
2.1 Pengenalan
Rekod pengajaran dan pembelajaran merupakan dokumen penting yang perlu
disediakan sebelum PdP dimulakan. Bagi pendidikan prasekolah, rekod ini
mengandungi RPT dan RPH yang disediakan berdasarkan DSKP KSPK (Semakan
2017) .
Kandungan Pendidikan Islam dalam KSPK (Semakan 2017) terdiri daripada fokus
Al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah, Akhlak dan Jawi. Fokus Al-Quran dan Jawi diberi
penekanan bagi memastikan murid menguasai asas dalam kedua-dua fokus
tersebut. Fokus Al-Quran diharap membolehkan murid mengenal huruf hijaiyah dan
menghafaz surah-surah pendek. Bagi fokus Jawi pula, murid diharap dapat
membaca dan menulis huruf jawi dengan betul.
Fokus Akidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak pula tertumpu kepada amalan dan
pembentukan sahsiah murid sebagai seorang muslim mukmin. Melalui fokus Akidah
dan Ibadah, murid dapat memahami asas beriman dan melaksanakan ibadah
kepada Allah. Selain itu, murid juga diharap mengenali peribadi Rasulullah SAW
dan mencontohinya serta dapat mengamalkan adab dan akhlak yang mulia dalam
kehidupan.
2.2 Rancangan Pelajaran Tahunan
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) merupakan suatu kerangka pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dirancang oleh GPI mengikut takwim sekolah bagi
tempoh satu tahun persekolahan. RPT perlu disediakan pada awal tahun sebelum
sesi persekolahan bermula dan berfungsi sebagai panduan untuk GPI
melaksanakan PdP.
3

