Page 14 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 14
UNIT 1
PENGURUSAN KELAS PRASEKOLAH
1.1 Pengenalan
Kelas prasekolah diuruskan oleh GPI prasekolah dan dibantu oleh pembantu
pengurusan murid (PPM). GPI prasekolah bertanggungjawab terhadap
persekitaran dan fizikal kelas, pengurusan murid serta PdP. Selain itu, GPI yang
melaksanakan PdP Pendidikan Islam juga perlu membantu dalam menguruskan
kelas prasekolah. GPI prasekolah perlu peka dengan persekitaran kelas
prasekolah dan murid semasa melaksanakan PdP Pendidikan Islam.
1.2 Peranan GPI Pendidikan Islam
GPI prasekolah boleh memainkan peranan membantu menguruskan kelas
prasekolah seperti berikut:
(i) Mengurus fizikal kelas supaya lebih kondusif untuk PdP Pendidikan Islam.
(ii) Mengurus murid supaya bersedia mengikuti PdP Pendidikan Islam.
(iii) Mengurus murid supaya mematuhi peraturan kelas.
(iv) Mengurus PdP Pendidikan Islam prasekolah.
(v) Mengemas kini pusat pembelajaran bagi PdP Pendidikan Islam (jika perlu).
(vi) Menyedia dan mengurus bahan sumber PdP yang bersesuaian dengan
keperluan murid.
(vii) Bekerjasama dengan guru prasekolah.
1

