Page 46 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 46
Bagi melaksanakan KBAT dalam PdP Pendidikan Islam Prasekolah, GPI perlu
membuat penelitian dengan merujuk kepada SP dalam dokumen kurikulum.
Sekiranya terdapat SP yang merujuk kepada tahap KBAT, GPI dicadang
melakukan tindakan seperti dalam Rajah 3.
Kenal pasti elemen KBAT dalam Standard
Pembelajaran
Rancang PdP yang membolehkan murid
menggunakan KBAT
Laksana PdP menggunakan alat berfikir yang
sesuai
Membuat pentaksiran menggunakan soalan
KBAT
Membuat refleksi tentang keberkesanan PdP
dalam menggalakkan KBAT
Rajah 3: Pelaksanaan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam Prasekolah
Aktiviti berasaskan KBAT boleh dilaksanakan melalui strategi PdP yang
terancang, kreatif dan melibatkan murid secara aktif serta memerlukan mereka
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Aktiviti yang berasaskan KBAT
boleh diaplikasikan di prasekolah melalui aktiviti menaakul, pembelajaran inkuiri,
penyelesaian masalah dan projek. GPI juga disaran melaksanakan strategi PdP
dengan menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, penyusunan grafik,
soalan dan penyoalan serta peta minda. Contoh penggunaan peta pemikiran
dalam melaksanakan PdP Pendidikan Islam di prasekolah bagi tajuk melakukan
wuduk adalah seperti Rajah 4.
Membasuh Membasuh
kedua-dua Menyapu
Membasuh kedua-dua
Niat tangan sebahagian Tertib
muka kaki hingga
hingga ke kepala ke buku lali
siku
Rajah 4: Peta Pemikiran Tajuk Wuduk
33

