Page 27 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 27

15



                                                                       GARIS PANDUAN
                                                                   PENGURUSAN PRASEKOLAH


                                mengandungi monosodium glutamat (MSG), serbuk perasa tambahan,
                                makanan dalam tin, makanan yang diproses, minuman berkarbonat dan
                                makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
                                                                                                    t
                             e. Melupuskan bahan mentah dan bahan masakan yang telah tamat  empoh.
                             f. Stok bahan mentah dan bahan masakan hendaklah disimpan di tempat
                                yang bersesuaian dan selamat.

                     7.3.5 Prosedur Penyediaan Makanan
                             Amalan penyediaan makanan untuk murid prasekolah disediakan oleh PPM
                             di  kelas  prasekolah  yang  merupakan  salah  satu  bidang  tugas  utama.
                              Penyediaan  makanan  bagi  murid  prasekolah  perlu  mengikut  prosedur
                             berikut:
                             a. PPM perlu memasak bagi kelas prasekolah yang telah dibekalkan dengan
                                kelengkapan dan peralatan memasak.


                             b. Bagi situasi berikut, pesanan makanan boleh dibuat:
                                i.   Kelas prasekolah tiada PPM disebabkan oleh:
                                     - kelas tidak dibekalkan dengan PPM;
                                     - ketiadaan PPM kerana cuti bersalin, cuti rehat, cuti tanpa gaji, cuti
                                       sakit dan menghadiri kursus; dan
                                     - tiada PPM ganti.
                                ii.  Tiada  ruang  penyediaan  makanan  sekiranya  kelas  prasekolah
                                     menumpang di bilik darjah/bilik khas.
                                iii. Ruang penyediaan makanan disita oleh Jabatan Kesihatan/Pihak
                                     Berkuasa Tempatan.
                                iv.  Peralatan memasak mengalami kerosakan, kehilangan, atau tidak
                                     berfungsi dengan baik.

                             c. Sekiranya berlaku situasi seperti perkara 7.3.5(b), pihak pentadbir perlu
                                mengambil langkah-langkah seperti berikut:
                                i.   Mendapatkan makanan bermasak daripada pembekal yang  dilantik.
                                ii.  Memastikan pembekal mematuhi syarat-syarat yang berikut:
                                     - garis panduan makanan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib
                                       dipatuhi;
                                     - penyediaan makanan mengikut menu yang telah ditetapkan oleh
                                       pihak institusi;
                                     - harga makanan mengikut kadar peruntukan bantuan makanan
                                       yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia;
                                iii. memastikan  tatacara  perolehan  mengikut  Surat  Pekeliling  yang
                                     sedang berkuatkuasa

                     7.3.6 Pengurusan Penyediaan Makanan di Bulan Ramadan
                             a. Penyediaan makanan hendaklah dibuat setiap hari.
                             b. Dibenarkan menyedia makanan secara berbungkus kepada murid.
                             c. Makanan yang dimasak/disediakan hendaklah tahan lama dan tidak
                                mudah rosak.
                             d. Makanan yang dibekalkan mestilah bersih, berzat dan seimbang.
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32