Page 31 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 31

19



                                                                       GARIS PANDUAN
                                                                   PENGURUSAN PRASEKOLAH


                            iii. Perbelanjaan  yang  dibenarkan  menggunakan  peruntukan  PCG
                                   Prasekolah adalah:
                                 a. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran
                                     dan pembelajaran.
                                 b. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah
                                     serta  penyelenggaraan  komputer  dan  peralatan  lain  bagi  tujuan
                                       pengajaran dan pembelajaran.
                                 c. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan
                                     lain-lain  yang  bersesuaian  untuk  tujuan  pengajaran  dan
                                       pembelajaran.
                                 d. Program  dan  lawatan  berunsurkan  pendidikan  yang  boleh
                                      memberikan  pengukuhan  kepada  proses  pengajaran  dan
                                      pembelajaran  sama  ada  semasa  cuti  persekolahan  atau  hari
                                       persekolahan.
                                 e. Perolehan Harta Modal adalah tidak dibenarkan.

                     9.1.2 Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)
                            i.   Tuntutan  BMP  hanya  layak  dituntut  bagi  murid  yang  bersekolah
                                 di  Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.
                            ii.  Kadar BMP yang layak dituntut oleh sekolah untuk murid adalah untuk
                                 tempoh 200 hari setahun adalah seperti jadual di bawah:



             Jadual 6: Kelayakan Murid dan Kadar BMP
                                 Negeri                               Kadar Seorang Murid Sehari

               Semenanjung                                                       RM2.00

               Sabah, Sarawak dan WP Labuan                                      RM2.25



                            iii. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BMP adalah:
                                 a. Perolehan bahan mentah memasak
                                 b. Gas/bahan api memasak
                                 c. Makanan tambahan
                                 d. Perkara  lain  yang  melibatkan  penyediaan/pemberian  makanan
                                     berkhasiat kepada murid di kelas prasekolah

                     9.1.3 Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)
                            i.   Tuntutan BKKP layak dituntut bagi murid yang bersekolah di Sekolah
                                   Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.
                            ii.  Kadar BKKP yang layak dituntut oleh sekolah untuk murid prasekolah
                                 ialah RM25.00 seorang murid setahun.
                            iii. Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKKP adalah
                                 meliputi aktiviti:
                                 a. Sukan/sukaneka;
                                 b. Karnival Pendidikan Prasekolah;
                                 c. Konvokesyen; dan
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36