Page 34 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 34

22



                                            GARIS PANDUAN
                                            PENGURUSAN PRASEKOLAH


                        10.2.4 Penyelenggaraan
                                a. Penyelenggaraan Aset Alih Kerajaan bertujuan untuk:
                                    i.   Memastikan aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan
                                         selamat digunakan;
                                    ii.  Memelihara dan memanjangkan jangka hayat;
                                    iii. Meningkatkan keupayaan;
                                    iv.  Mengurangkan kerosakan;
                                    v.   Mendapatkan ketahanan maksimum sejajar dengan  perbelanjaan;
                                    vi. Menjimatkan perbelanjaan Kerajaan;
                                    vii. Menjamin keselamatan pengguna;
                                    viii. Mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta produktif; dan
                                    ix. Memelihara imej Kerajaan.


                                b. Jenis Penyelenggaraan
                                    Penyelenggaraan terbahagi kepada dua (2) jenis seperti berikut:
                                    i.   Penyelenggaraan               Pencegahan             (Preventive
                                          Maintenance) ialah kerja penyelenggaraan mengikut jadual/
                                         program  bagi  memastikan  setiap  komponen  aset  berfungsi
                                           dengan baik dan mengelakkan berlakunya kerosakan besar.
                                    ii.  Penyelenggaraan                Pembaikan             (Corrective
                                          Maintenance)  ialah  kerja  pembaikan  atau  penggantian
                                          komponen apabila berlaku kerosakan/ kegagalan supaya aset
                                         dapat berfungsi semula mengikut piawaian yang ditetapkan.

                  10.3 Pelupusan
                        Aset boleh dilupuskan berdasarkan justifikasi berikut:
                        a. tidak ekonomi dibaiki;
                        b. usang;
                        c. rosak dan tidak boleh digunakan;
                        d. luput tempoh penggunaan;
                        e. keupayaan aset tidak lagi di peringkat optimum;
                        f. tiada alat ganti di pasaran;
                        g. pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan;
                        h. disyor selepas pemeriksaan aset;
                        i. tidak lagi diperlukan oleh institusi;
                        j. perubahan teknologi; dan
                        k. melebihi keperluan.


                        Pelupusan  ke  atas  stok  hendaklah  dilaksanakan  apabila  terdapat  stok  yang
                          didapati rosak, luput tempoh penggunaan, tidak boleh digunakan,
                        tidak  diperlukan,  tidak  bergerak,  melebihi  keperluan  dan
                          disyorkan  selepas pengiraan stok.


                        Semua pemohonan pelupusan aset alih dan stok hendaklah dilaksanakan melalui
                        Pegawai  Aset  Sekolah.  Ketua  Jabatan  adalah  bertanggungjawab  untuk
                         memastikan pelupusan  aset  alih  dan  stok  dilaksanakan  mengikut
                          tatacara di dalam AM2.6 1PP – Pelupusan.
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39