Page 29 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 29

17



                                                                       GARIS PANDUAN
                                                                   PENGURUSAN PRASEKOLAH


             8. PENGURUSAN FAIL DAN REKOD
                 Fail rasmi prasekolah hendaklah ditempatkan di pejabat sekolah. Salinan surat dan
                  dokumen  yang  diterima  atau  dikeluarkan  hendaklah  disimpan  di  kelas  prasekolah.
                   Penggunaan fail keras membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal
                 dan dicapai dengan cepat dan tepat apabila diperlukan. Sesalinan fail sahaja perlu
                 ditempatkan di kelas prasekolah.

                 8.1 Fail yang dicadangkan adalah seperti berikut:
                     a. Pengurusan Am
                         i.   Sejarah penubuhan prasekolah
                         ii.  Visi, Misi, Moto, Piagam Pelanggan, peraturan dan pelan lantai luar dan
                              dalam sekolah
                         iii. Carta Organisasi dan Jawatankuasa Pengurusan Prasekolah
                         iv.  Takwim tahunan
                         v.   Brosur prasekolah
                         vi. Surat jemputan dari/ke agensi luar dan berkaitan
                         vii. Surat panggilan ibu bapa/penjaga
                         viii. Aduan dan cadangan
                         ix. Keselamatan
                         x.   Lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan am


                     b. Akta/Pekeliling/Surat Siaran/Surat Makluman
                         i.   Akta Pendidikan 1996 (Cabutan [Akta 550] berkaitan prasekolah)
                         ii.  Surat Pekeliling/Surat Siaran yang diterima dari KPM/JPN/PPD/PPW
                         iii. Lain-lain yang berkaitan Akta/Pekeliling/Surat Siaran/Surat Makluman


                     c. Mesyuarat/Taklimat/Kursus/Bengkel/Seminar
                         i.   Surat panggilan yang diminitkan
                         ii.  Bahan sokongan yang diterima semasa menghadiri mesyuarat/taklimat/
                              kursus/bengkel/seminar
                         iii. Minit mesyuarat/minit curai/laporan
                         iv.  Lain-lain yang berkaitan mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel/seminar

                     d. Kewangan
                         i.   Anggaran belanjawan tahunan
                         ii.  Dokumen kewangan
                         iii. Lain-lain yang berkaitan kewangan


                     e. Pengurusan Prasekolah
                         i.   Data dan maklumat prasekolah
                         ii.  Perakuan menghadiri taklimat/kursus/bengkel/seminar
                         iii. Dokumen berkaitan pemantauan
                         iv.  Laporan/dokumentasi aktiviti tahunan
                         v.   Menu
                         vi. Lain-lain yang berkaitan Pengurusan Prasekolah
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34