Page 30 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 30

18



                                            GARIS PANDUAN
                                            PENGURUSAN PRASEKOLAH


                     f. Kurikulum Prasekolah
                         i.   Dokumen kurikulum
                         ii.  Dokumen pencerapan
                         iii. Dokumen berkaitan pentaksiran prasekolah
                         iv.  Lain-lain yang berkaitan kurikulum prasekolah


                     g. Hal Ehwal Murid
                         i.   Senarai permohonan kemasukan murid
                         ii.  Keputusan pemilihan murid
                         iii. Senarai permohonan yang telah diperaku dan disahkan oleh PPD/JPN
                         iv.  Pendaftaran dan taklimat prasekolah
                         v.   Surat/borang kebenaran ibu bapa
                         vi. Lain-lain yang berkaitan hal ehwal murid


                     h. Harta Modal dan Inventori :
                         i.   Salinan  dokumen  KEW.  PA,  nota  hantaran,  invois,  Sijil  Pengujian  dan
                                Pemasangan (SPP) dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP)
                         ii.  Penyelenggaraan, hapus kira dan pelupusan
                         iii. Lain-lain yang berkaitan Harta Modal dan Inventori

                     i. Profil  Murid (setiap murid)
                         i.   Maklumat/dokumen asas murid dan ibu bapa/penjaga
                         ii.  Dokumen kesihatan murid
                         iii. Pentaksiran/perkembangan murid
                         iv.  Lain-lain yang berkaitan Profil  Murid


                     j. Rancangan Pengajaran Individu
                         (bagi prasekolah pendidikan khas sahaja)

                8.2 Rekod Pemantauan, Pergerakan dan Buku Pelawat
                     a. Rekod  pemantauan/pencerapan  hendaklah  disediakan  sebagai  eviden
                           pemantauan/pencerapan dilaksanakan.
                     b. Buku pergerakan guru dan PPM hendaklah disediakan bagi merekod pergerakan
                         guru dan PPM.
                     c. Buku  rekod  keluar  masuk  murid  prasekolah  hendaklah  disediakan  supaya
                           pergerakan murid dapat dipantau.
                     d. Buku pelawat hendaklah disediakan untuk merekod nama pelawat dan tujuan
                         lawatan.


             9. PENGURUSAN KEWANGAN
                9.1 Bantuan Persekolahan Murid
                     9.1.1 Bantuan Geran Per Kapita Prasekolah (PCG)
                            i.   Tuntutan PCG Prasekolah layak dituntut bagi murid yang bersekolah
                                 di Sekolah/Institusi Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja.
                            ii.  Kadar PCG Prasekolah yang layak dituntut oleh sekolah untuk murid
                                 prasekolah ialah RM100.00 seorang murid setahun.
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35