Page 37 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 37

25



                                                                       GARIS PANDUAN
                                                                   PENGURUSAN PRASEKOLAH


                           v. Jika terdapat lima orang murid atau lebih yang beragama Islam dalam
                                sesebuah  prasekolah,  maka  murid-murid  itu  hendaklah  diberikan
                                pengajaran  Pendidikan  Islam  oleh  guru  yang  bertauliah,  sekurang-
                                 kurangnya 120 minit seminggu; dan
                           vi. Jika terdapat lima orang murid atau lebih yang  bukan beragama Islam
                               dalam sesebuah prasekolah, maka murid-murid itu hendaklah diberikan
                               pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya 120 minit seminggu.

                        e. Peruntukan masa minimum PdP mengikut minit seminggu adalah seperti seperti
                           dalam jadual di bawah.


             Jadual 7: Peruntukan masa minimum PdP mengikut minit seminggu dalam kelas Prasekolah

                             Bahasa                            Peruntukan masa Seminggu (minit)
                                                         Bahasa Pengantar            Bahasa Pengantar
                                                           Bahasa Melayu            selain Bahasa Melayu

               1. Bahasa Melayu                                  60                          60
               2. Bahasa Inggeris                                60                          60
               3. Bahasa Cina/Bahasa Tamil                         -                         60
               4. Aktiviti Luar                                  120                         120
               5. Pendidikan Islam/Pendidikan Moral              120                         120
               6. Matematik Awal                                 40                          40
               7. Pembelajaran Bersepadu                         800                         740
               Jumlah                                          1,200                       1,200



                           i. Aktiviti  luar  merangkumi  Aktiviti  Fizikal  dan  Main  Bebas.  Aktiviti  Luar
                                 hendaklah  dijalankan di luar kelas dan perlu dilaksanakan setiap hari.
                           ii. Aktiviti Fizikal dijalankan 30 minit, dua kali seminggu dan Main Bebas
                                 dijalankan 20 minit, tiga kali seminggu.
                           iii. Aktiviti Fizikal ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan tubuh badan dan
                                 memerlukan tenaga untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan kesihatan
                               diri.
                           iv. Main Bebas merupakan aktiviti yang memberi peluang kepada murid untuk
                               membuat pilihan secara bebas untuk bermain.
                           v. Pembelajaran Bersepadu terdiri daripada aktiviti rutin (Perbualan Awal,
                               Rehat  dan  Aktiviti  Penutup)  dan  Aktiviti  Pembelajaran.  Walau
                                 bagaimanapun, Pembelajaran Bersepadu di kelas prasekolah Pendidikan
                               Khas adalah seperti berikut (Jadual 8):
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42