Page 41 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 41

29



                                                                       GARIS PANDUAN
                                                                   PENGURUSAN PRASEKOLAH


                                    Bagi  membuat  penilaian  tentang  perkembangan  pengetahuan,
                                      kemahiran dan nilai, tiga tahap penguasaan umum digunakan untuk
                                    melaporkan  tahap  perkembangan  murid  sebagaimana  yang
                                      dinyatakan di Jadual 9.



             Jadual 9: Penyataan Tahap Penguasaan Umum
                                                    Standard Prestasi

                Tahap Penguasaan                                      Tafsiran

                         1               Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau
                                         memberi respons terhadap perkara yang asas.


                         2               Murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk
                                           melaksanakan sesuatu.


                         3               Murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk
                                           melaksanakan sesuatu dalam situasi baharu atau secara kreatif dengan
                                         tertib atau beradab.



                                    Maklumat  perkembangan  murid  yang  diperoleh  digunakan  untuk
                                     tujuan pelaporan pentaksiran prasekolah. Format pelaporan tahap
                                    perkembangan murid boleh disediakan mengikut kesesuaian pihak
                                    sekolah.


                  12.3 Penggunaan Buku Kerja
                        a. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2000 menggariskan berkaitan penggunaan
                           buku kerja di sekolah rendah.
                        b. Berdasarkan surat pekeliling tersebut, murid-murid tahap 1 tidak dibenarkan
                           menggunakan buku kerja.
                        c. Selaras dengan itu, penggunaan buku kerja juga tidak dibenarkan di kelas
                           prasekolah.
                        d. Ini bertujuan untuk menggalakkan guru menggunakan kreativiti untuk memilih,
                           menyusun,  mengolah  dan  mempelbagai  aktiviti  berpandukan  Standard
                             Pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan mengelakkan kebergantungan
                           kepada buku kerja dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).


             13. HAL EHWAL MURID
                  13.1 Kemasukan Murid Prasekolah KPM
                        Syarat-syarat kemasukan murid;
                        a. Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.
                        b. Kanak-kanak berumur 4+ (lahir 1 Januari hingga 31 Disember) dan 5+(lahir
                           2 Januari hingga 31 Disember) tahun persekolahan semasa.
                        c. Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 3+ (lahir dari
                           2 Januari hingga 15 Januari) tahun persekolahan semasa.
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46