Page 38 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 38

26



                                            GARIS PANDUAN
                                            PENGURUSAN PRASEKOLAH


             Jadual 8: Pembelajaran Bersepadu Mengikut Kategori
               Kategori Prasekolah Pendidikan Khas                   Pembelajaran Bersepadu

               1. Masalah Pembelajaran                  • Aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti
                                                          Penutup)
                                                        • Aktiviti Pembelajaran
                                                        • Pengurusan Diri

               2. Ketidakupayaan Penglihatan            • Aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti
                                                          Penutup)
                                                        • Aktiviti Pembelajaran
                                                        • Kemahiran Braille
                                                        • Pengurusan Diri
                                                        • Orientasi dan Mobiliti

               3. Ketidakupayaan Pendengaran            • Aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti
                                                          Penutup)
                                                        • Aktiviti Pembelajaran
                                                        • Bahasa Isyarat Komunikasi



                           vi. Guru hendaklah mempelbagaikan strategi PdP yang bersesuaian dengan
                               tahap perkembangan, keperluan, kebolehan, bakat dan minat murid.
                           vii. Guru hendaklah mewujudkan pusat pembelajaran di prasekolah. Pusat
                                pembelajaran  merupakan  ruang  yang  dilengkapi  dengan  bahan  dan
                                peralatan   pembelajaran  untuk  murid  melaksanakan  aktiviti  sama  ada
                                secara  berstruktur  atau  bebas.  Pusat  pembelajaran  memberi  peluang
                               kepada murid membina pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Oleh
                               itu, guru perlu mengoptimumkan penggunaan pusat pembelajaran.


                  12.2 Pentaksiran
                        12.2.1 Pengenalan
                                Pentaksiran di prasekolah adalah satu proses yang meliputi pelbagai
                                kaedah  untuk  mendapatkan  maklumat  tentang  perkembangan  dan
                                 pembelajaran murid. Pentaksiran merupakan perkara asas dan penting
                                dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan secara
                                berterusan.


                        12.2.2 Ciri-Ciri Pentaksiran
                                Pentaksiran yang dijalankan di prasekolah merangkumi ciri-ciri berikut:
                                a. Mementingkan proses
                                b. Secara tidak formal
                                c. Suasana semula jadi
                                d. Bersifat diagnostik
                                e. Berterusan
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43