Page 39 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 39

27



                                                                       GARIS PANDUAN
                                                                   PENGURUSAN PRASEKOLAH


                        12.2.3 Tujuan Pentaksiran
                                Tujuan pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut:
                                a. Mengesan  pertumbuhan  dan  perkembangan  murid  bersesuaian
                                      dengan peringkat umur;
                                b. Mengenal pasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan
                                    mempertingkatkan perkembangan secara menyeluruh;
                                c. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran
                                    dari semasa ke semasa;
                                d. Memberi  maklum  balas  kepada  murid,  ibu  bapa/penjaga  dan
                                     pentadbir sekolah tentang perkembangan dan pembelajaran murid
                                    dalam semua aspek yang terkandung dalam Kurikulum Prasekolah
                                      Kebangsaan;
                                e. Mengesan  keberkesanan  pengajaran  guru  serta  peluang
                                      pembelajaran dan persekitaran yang disediakan; dan
                                f. Membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk:
                                    i.  Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum.
                                    ii.  Membantu pembelajaran murid.
                                    iii. Memperbaiki pengajaran guru.

                        12.2.4 Prinsip Pelaksanaan Pentaksiran
                                Prinsip Pelaksanaan Pentaksiran Prasekolah adalah seperti berikut:
                                a. Pentaksiran  dijalankan  merangkumi  aspek  kognitif,  afektif  dan
                                      psikomotor yang terdapat dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan;
                                b. Pentaksiran dilaksanakan selari dengan tujuan yang telah ditetapkan;
                                c. Pentaksiran  dilaksanakan  secara  berterusan  sepanjang  tempoh
                                    persekolahan;
                                d. Kaedah  pentaksiran  harus  sah  dan  sahih;  sesuai  dengan
                                      perkembangan murid; dan berasaskan kaedah saintifik.
                                    i.  Pentaksiran berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara
                                        murid.
                                    ii.  Kaedah  pentaksiran  adalah  pemerhatian  berterusan  dan
                                          penilaian hasil kerja murid. Ujian atau peperiksaan formal tidak
                                        harus dilaksanakan.
                                    iii. Data yang dikumpulkan perlu dianalisis supaya pelaporan yang
                                        dibuat adalah sah dan sahih.
                                    iv.  Dokumentasi pentaksiran perlu secara sistematik. Contoh rekod
                                        pentaksiran adalah seperti senarai semak, skala kadar, rekod
                                        anekdot, rekod berterusan, persampelan masa dan persampelan
                                        peristiwa.
                                e. Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika dan mengambil
                                    kira hak asasi kanak-kanak.
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44