Page 42 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 42

30



                                            GARIS PANDUAN
                                            PENGURUSAN PRASEKOLAH


                        d. Kanak-kanak yang genap umur 6 tahun pada 1 Januari tahun persekolahan
                           semasa adalah tertakluk kepada pendidikan wajib. Walau bagaimanapun,
                           kanak-kanak ini layak memohon ke prasekolah sekiranya mendapat kelulusan
                           penangguhan ke Tahun Satu.
                        e. Pemilihan murid adalah berdasarkan merit.
                        f. Keutamaan adalah kepada murid berumur 5+.





                  13.2 Bilangan Murid Bagi Setiap Kelas
                        a. Bilangan murid setiap kelas tidak melebihi daripada 25 orang untuk kelas
                           prasekolah perdana dan tujuh orang untuk kelas prasekolah pendidikan khas/
                           integrasi.
                        b. Bagi sekolah/institusi yang belum mencapai bilangan maksimum, pengambilan
                           murid boleh dibuat sehingga 31 Mei tahun semasa.
                        c. Bagi menampung keperluan, pihak sekolah boleh memohon tambahan murid
                           maksimum seramai dua orang bagi kelas prasekolah aliran perdana dan tiga
                           orang bagi kelas prasekolah pendidikan khas.
                        d. Syarat kelayakan penambahan murid adalah seperti yang berikut:
                           i. pihak sekolah boleh menyediakan kelengkapan dan kemudahan yang
                                 mencukupi;
                           ii. mesti berumur 5+;
                           iii. tiada tadika/prasekolah lain dalam lingkungan tiga km; atau
                           iv. tiada kekosongan tempat di tadika/prasekolah lain dalam lingkungan tiga
                               km.
                        e. Sekolah/institusi yang membuat permohonan penambahan bilangan murid
                           perlu mendapat kelulusan seperti jadual 10:


             Jadual 10: Kelulusan Penambahan Bilangan Murid
                              Institusi                                       Pelulus

               1. Sekolah Harian/Kolej Vokasional/      Pengarah JPN atau Timbalan Pengarah Pendidikan
                  Sekolah Agama Bantuan Kerajaan        (PPW)/Pegawai Pendidikan Daerah


               2. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Pendidikan Khas
                  (SKPK)


               3. Institut Pendidikan Guru (IPG)        Pengarah IPGK

               4. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih       Pengarah BPSH
                  (SBJK)
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47