Page 39 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 39
Berdasarkan tugas-tugas yang disebutkan di atas, kata tugas dapat dijeniskan kepada 16 jenis berikut:
kata hubung kata pangkal ayat kata nafi kata arah
kata seru kata bantu kata pemeri kata bilangan
kata tanya kata penguat kata sendi nama kata penekan
kata perintah kata penegas kata pembenar kata pembenda
2. Kelompok Dasar Kata Tugas
Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, enam belas kata tugas yang
disenaraikan di atas dapat dikelompokkan dalam empat kategori, iaitu:
a. kata penyambung ayat
b. kata praklausa
c. kata prafrasa
d. kata pascakata
2.1 Kata Penyambung Ayat
Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan
dua binaan ayat atau lebih atau ayat majmuk. Selaras dengan jenis ayat majmuk, maka terdapat dua
jenis kata hubung, iaitu:
a. kata hubung gabungan
b. kata hubung pancangan
2.1.1 Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang menghubungkan ayat-ayat dalam ayat majmuk
gabungan. Contohnya:
dan lalu tetapi sambil
atau malahan serta kemudian
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Siti Kalsom dan Ruminah pergi ke bandar.
(ii) Mereka mungkin pergi ke Pahang atau ke Terengganu.
2.1.2 Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang menghubungkan klausa utama dalam ayat majmuk
pancangan dengan klausa-klausa kecil lain. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk
pancangan. Oleh itu, terdapat tiga jenis kata hubung pancangan, iaitu:
a. Kata hubung pancangan relatif
Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu kata hubung pancangan relatif, iaitu yang.
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Budak yang sedang membaca itu adik saya.
39 | azanablatif@gmail.com

