Page 44 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 44

a.  bukan – yang menafikan frasa nama dan frasa sendi nama
                     b.  tidak – yang menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

                        Contoh penggunaannya dalam ayat:
                        (i)  Hadiah itu bukan untuk kakak tetapi untuk adik.
                        (ii)  Kenyataan itu tidak benar.

                     Walau bagaimanapun, bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua
                     frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

               2.3.5  Kata Pemeri
                     Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa
                     utama dalam predikat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu:
                     a.  ialah – yang hadir di hadapan predikat frasa nama
                     b.  adalah – yang hadir di hadapan predikat frasa adjektif dan frasa sendi nama.

                     Contoh penggunaannya dalam ayat:
                     (i)  Guru subjek Bahasa Melayu kami ialah Encik Kamarul.
                     (ii)  Arahan itu adalah daripada guru disiplin.

               2.3.6  Kata Sendi Nama
                     Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang
                     lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah:
                           di                 tentang       hingga   akan    dalam   demi
                           ke                seperti          antara   oleh    sampai
                           dari            bagai            untuk   hingga    sejak
                           daripada       umpama       dengan   antara    terhadap
                           kepada     pada       laksana     untuk      dengan

                     Contoh penggunaannya dalam ayat:
                     (i)   Dia menunggu kami di perhentian bas.
                     (ii)   Mereka akan ke Segamat esok.
                     (iii)  Orang tua itu merantau dari Pahang hingga ke Perlis.
                     (iv)  Sumbangan wang zakat daripada jutawan itu telah kami terima.

               2.3.7  Kata Arah
                     Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi
                     nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.
                     Contohnya:
                           atas          antara           bawah            tepi
                           dalam             segi         penjuru          sisi
                          belakang        selatan         samping          dalam


                                                                                           44 | azanablatif@gmail.com
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49