Page 41 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 41
2.2.2 Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan unutk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.
Contohnya:
mengapa bagaimana kenapa
berapa bila
Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa, dan mana.
Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai
partikel –kah.
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Apakah yang di dalam kotak itu?
(ii) Yang di dalam kotak itu apa?
2.2.3 Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah,
arahan, larangan, silaan, atau permintaan.
Contohnya:
Larangan Silaan Permintaan
jangan sila minta
usah jemput tolong
tak usah
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Jangan pijak rumput itu.
(ii) Sila tuan-tuan menjamu selera.
2.2.4 Kata Pembenar
Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu penyataan
Contohnya:
ya benar betul
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Ya, itulah rumah Dato’ Bakar.
(ii) Benar, dialah yang menolong saya.
2.2.5 Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda
kesinambungan ayat dalam wacana, dan disebut juga sebagai penanda wacana.
Contohnya:
hatta kalakian
maka sebermula
41 | azanablatif@gmail.com

