Page 43 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 43
a. Kata penguat hadapan terletak di hadapan kata adjektif. Contohnya, terlalu, paling, dan agak.
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Masakan ibunya paling sedap.
(ii) Perigi itu agak dalam.
b. Kata penguat belakang terletak di belakang kata adjektif. Contohnya, sekali, nian, dan benar.
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Sahsiah pelajar itu baik sekali.
(ii) Cantik benar rumah di atas bukit itu.
c. Kata penguat bebas terletak sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
Contohnya, amat, sangat, dan sungguh.
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Permandangan di tepi tasik itu sungguh indah.
Permandangan di tepi tasik itu indah sungguh.
(ii) Perigi itu sangat dalam.
Perigi itu dalam sangat.
2.3.3 Kata Penegas
Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu
dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas.
a. Yang menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses
pendepanan
-kah, -lah -tah
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Pernahkah dia datang?
(ii) Itulah kereta idamanku.
b. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau frasa predikat
atau bahagian-bahagiannya.
juga sahaja jua lagi
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Mereka juga ingin membeli barang itu.
(ii) Rombongan pengantin lelaki belum sampai lagj.
2.3.4 Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa sendi nama. Terdapat dua kata nafi, masing-masing dengan tugasnya, iaitu:
43 | azanablatif@gmail.com

