Page 42 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 42
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Hatta istana itu pun siaplah.
(ii) Adapun rumah besar itu dipunyai oleh Tan Sri Hamdan.
2.3 Kata Prafrasa
Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Kata prafrasa ini mendukung tugas-tugas maksud
yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan,
memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang. Berdasarkan tugas-tugas ini, terdapat
lapan jenis kata prafrasa, iaitu:
a. kata bantu d. kata nafi g. kata arah
b. kata penguat e. kata pemeri h. kata bilangan
c. kata penegas f. kata sendi nama i. Kata adverba
2.3.1 Kata Bantu
Kata Bantu ialah jenis kata tugas yang fungsinya membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama, iaitu menimbulkan makna-makna tambahan daripada aspek waktu atau ragam. Kata
bantu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
a. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa.
Contohnya:
telah baru pernah sedang masih
akan belum sudah
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Pekerja kilang itu telah pulang.
(ii) Kami pernah ke Pulau Redang.
b. Kata bantu ragam menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan
perbuatan yang dilakukan.
Contohnya:
hendak mahu harus mesti boleh dapat
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Murid itu hendak masuk ke bilik guru.
(ii) Pelajar aliran vokasional mahu bekerja sendiri.
2.3.2 Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu kata
penguat hadapan, kata penguat belakang, dan kata penguat bebas.
42 | azanablatif@gmail.com

