Page 40 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 40
(ii) Safiyyah menangis mendengar cerita yang sedih itu.
b. Kata hubung pancangan komplemen
Jumlah kata hubung komplemen dalam bahasa Melayu juga kecil. Dua contoh
ialah bahawa dan untuk.
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Ibu memberitahu bahawa abang akan pulang esok.
(ii) Sungguh mustahil untuk lembu itu keluar dari kendang.
c. Kata hubung pancangan keterangan
Dalam bahasa Melayu jumlah kata hubung pancangan keterangan agak besar. Antaranya ialah:
kerana agar meskipun
sekiranya semoga supaya
kalau andai kata kendatipun
hingga jikalau semasa
sementara setelah sewaktu
ketika tatkala untuk
walaupun sungguhpun apabila
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Pelajar itu akan berjaya kerana dia rajin berusaha.
(ii) Sementara menanti padi masak petani itu menanam jagung.
2.2 Kata Praklausa
Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri
daripada:
a. kata seru d. kata pembenar
b. kata tanya e. kata pangkal ayat
c. kata perintah
2.2.1 Kata Seru
Kata seru ialah perkataan yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam
ayat seruan. Contohnya:
aduh amboi aduhai
cis oh wahai
Contoh penggunaannya dalam ayat:
(i) Aduh, sakitnya gigiku!
(ii) Wah, cantiknya baju dia!
40 | azanablatif@gmail.com

