Page 45 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 45

Contoh penggunaannya dalam ayat:
                     (i)  Buku itu ada atas meja.
                     (ii)  Tetamu itu masuk ke dalam dewan.

               2.3.8  Kata Bilangan
                     Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang pada frasa nama. Terdapat lima
                     jenis kata bilangan, iaitu:
                     a.  yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya. Contoh: tiga, sepuluh,
                     b.  yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contoh: segala, seluruh
                     c.  yang membawa maksud himpunan. Contoh: kelima-lima, berpuluh-puluh
                     d.  yang membawa maksud pisahan. Contoh:masing-masing, setiap
                     e.  yang membawa maksud pecahan. Contoh: setengah, separuh, dua pertiga

                     Contoh penggunaannya dalam ayat:
                     (i)  Tiga hari lagi saya akan pulang ke kampung.
                     (ii)  Seluruh rakyat diminta berhemat menggunakan air.
                     (iii)  Kelima-lima orang pelajar itu akan menerima hadiah.
                     (iv)  Setiap pelajar diminta mengikuti kursus jati diri dan kepimpinan.
                     (v)  Separuh bahagian hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim.

               3.3.9  Kata Adverba
                     Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi
                     nama dari segi cara, masa, dan tempat.
                     Contoh:
                     jarang-jarang, sekali gus, (berjalan) mengiring, (terbang) meninggi, diam-diam, selama-lamanya,
                     sentiasa, begitu, (sakit) kuat, (hitam) berkilat, bermalam-malam, besar-besaran, kerap kali, agaknya,
                     sering (di pejabat), (putih) berseri, terburu-buru dan mati-matian.

                     Contoh penggunaannya dalam ayat:
                     (i)  Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya.
                     (ii)  Pahlawan itu akan dikenang selama-lamanya.
                     (iii)  Hartawan itu berbelanja besar-besaran untuk majlis tersebut.


               2.4   Kata Pascakata
                     Kata Pascakata ialah bentuk kata yang hadir selepas perkataan yang berfungsi sebagai penekan dan
                     pembenda. Dalam Bahasa Melayu -nya hadir selepas perkataan dan membawa maksud tertentu, iaitu
                     sebagai:
                     a.  kata penekan
                     b.  kata pembenda



                                                                                           45 | azanablatif@gmail.com
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50