Page 29 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 29

SOALAN KBAT MENGIKUT ARAS


               ARAS MENGINGAT

                   •   Nyatakan watak utama dan watak-watak sampingan dalam novel Pantai Kasih.
                   •   Nyatakan tema  novel Pantai Kasih.
                   •   Nyatakan  dua persoalan yang terdapat dalam novel Pantai Kasih.
                   •   Nyatakan  tiga nilai yang terdapat dalam novel Pantai Kasih.
                   •   Nyatakan dua latar masa dan dua latar tempat  yang terdapat dalam novel Pantai Kasih..
                   •   Nyatakan latar masyarakat yang terdapat yang berlaku pada masa tersebut.

               ARAS MEMAHAMI

                   ▪   Jelaskan tema yang ingin disampaikan oleh pengarang
                   ▪   Jelaskan dua persoalan dalam novel.
                   ▪   Jelaskan tentang tema novel yang anda pelajari.
                   ▪   Jelaskan dua latar masyarakat yang  terdapat dalam novel?
                   ▪   Mengapakah watak utama dalam novel yang anda pelajari menghadapi cabaran dan konflik?
                   ▪   Mengapakah Unong Siron menjalani pembedahan sebanyak enam kali pada bahagian tubuh yang sama?
                   ▪   Mengapakah Doktor Sadiz sangat membenci Doktor Raiha?
                   ▪   Mengapakah Doktor Uwang menggunakan peralatan murah dan berkualiti rendah di PRPK?

               ARAS APLIKASI

                   ▪   Sekiranya anda  watak utama dalam novel tersebut, bagaimanakah  tindakan yang sewajarnya  anda
                      ambil agar kehidupan anda lebih baik dan bermakna?
                   ▪   Sekiranya anda salah seorang watak dalam novel tersebut, jelaskan tindakan anda dalam membantu
                      watak lain dalam novel tersebut.
                   ▪   Sekiranya anda watak utama dalam novel tersebut, apakah tindakan yang perlu adakan lakukan terhadap
                      mereka yang pernah menyakiti hati anda?
                   ▪   Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua faedah yang anda boleh teladani setelah
                      membaca novel tersebut.
                   ▪   Sekiranya anda ayah Doktor Raiha, apakah nasihat yang akan anda berikan demi kebahagian Doktor
                      Raiha.

               ARAS ANALISIS

                   •   Mengapakah anda mengatakan  peristiwa-peristiwa  yang terdapat pada permulaan / perkembangan /
                      perumitan / puncak / peleraian  dalam novel Pantai Kasih menarik?
                   •   Nyatakan dua peristiwa menyentuh perasaan anda. Mengapakah anda berperasaan sedemikian?
                   •   Jelaskan cara watak ( watak utama dan  watak sampingan ) menyelesaikan  konflik yang mereka hadapi.
                   •   Nyatakan persamaan dan perbezaan perwatakan antara  watak utama dengan satu watak sampingan
                      yang terdapat dalam novel  Pantai Kasih.
                   •   Nyatakan satu peristiwa yang mempunyai kaitan dengan peristiwa lain dalam novel yang anda pelajari.
                   •   Jelaskan dua nilai keberanian yang terdapat dalam novel Pantai Kasih.
                   •   Jelaskan dua peristiwa  yang menggambarkan persoalan maruah.
                   •   Jelaskan dua nilai pengorbanan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
                   •   Jelaskan dua pengajaran tentang kerjasama yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
                   •   Jelaskan dua latar tempat yang dapat dikaitkan dengan persoalan pengorbanan dalam novel Pantai Kasih.
                   •   Jelaskan titik perubahan dalam novel Pantai Kasih.
                   •   Jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak utama dan cara watak tersebut menyelesaikannya.
                   •   Jelaskan satu konflik yang dihadapi oleh mana-mana dua watak dan cara  mereka menyelesaikannya
                   •   Jelaskan dua peristiwa yang dapat menyokong tema novel yang anda pelajari.




               29 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34