Page 26 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 26

•  Doktor  Raiha,  Ibu  Unong  Siron  dan  staf  lain  di  PRPK  bekerjasama  menyelamatkan  Felicia  Landosi
                      daripada terus ditawan oleh doktor palsu.

               11.  Nilai Ketaatan
                   •  Doktor Uwang mentaati arahan bapanya yang memintanya menghantar Pak Usunya, Doktor Sadiz dan
                      Felicia Londosi kerana bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan
                      tahun baharu di rumah Doktor Uwang.
                   •  Isteri  Doktor  Uwang  mematuhi  apa-apa  sahaja  kata  dan  taat  dengan  keputusan  suaminya  yang
                      menghantar anak tunggal mereka berusia tujuh tahun ke sekolah swasta berasrama. Dia juga akur apabila
                      suaminya juga tidak mahu mempunyai anak lagi.

               12.  Nilai mengakui kesalahan diri
                   •  Felicia  akhirnya  insaf  akan  kesalahannya  yang  terlibat  secara  tidak  langsung  dalam  peristiwa  yang
                      menyebabkan kematian Ayu dan meminta maaf daripada Doktor Raiha serta berterus terang kepadanya.

               13.  Nilai ketegasan
                   •  Doktor Raiha tegas dalam membuat keputusan. Dia tetap menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan
                      Doktor Sadiz meskipun tidak direstui oleh ayahnya. Dia juga tetap meneruskan kandungannya walaupun
                      tindakannya itu ditentang oleh suaminya.
                   •  Doktor  Uwang  bertegas  dengan  isterinya  yang  dia  tidak  mahu  mempunyai  anak  lagi.  Dia  juga  tegas
                      dengan tindakannya menghantar anak tunggalnya ke asrama penuh sejak berusia tujuh tahun.



               PENGAJARAN

               1.   Kita hendaklah rajin berusaha untuk mencapai impian
                   •  Doktor Raiha rajin belajar unsur-unsur perbedahan daripada mentornya, Doktor Uwang sewaktu menuntut
                      sebagai  siswi  tahun  pertama  perubatan  dan  sanggup  melakukan  apa-apa  sahaja  yang  diminta  oleh
                      mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
                   •  Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia
                      berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.

               2.   Kita hendaklah berani mempertahankan pendirian
                   •  Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah disebabkan
                      oleh Doktor Sadiz.
                   •  Ibu Unong Siron berani mempertikaikan rawatan yang diberikan oleh Doktor Uwang kepada anaknya.
                   •  Felicia  berani  menyatakan  kebenaran  dengan  memberitahu  penglibatannya  atas  kematian  Rohayu
                      kepada Doktor Raiha.

               3.   Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
                   •  Doktor  Raiha  berusaha  untuk  memastikan  setiap  operasi  pembedahan  yang  dilakukannya  akan
                      memuaskan hati semua pihak yang terlibat.
                   •  Doktor Raiha memeriksa Unong Siron setelah menjalani pembedahan bagi memastikan tahap kesihatan
                      gadis itu memuaskan.

               4.   Kita hendaklah prihatin terhadap masalah orang lain
                   •  Doktor Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam
                      kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor
                      pakar yang  bukan calang-calang. (hal.121)
                   •  Datu Ontong meminta Doktor Uwang menghantar Pak Usunya, Doktor Sadiz dan Felicia Londosi kerana
                      bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan tahun baharu di rumah
                      Doktor Uwang.

               5.   Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup
                   •  Doktor Raiha tabah menghadapi cabaran dan konflik dalam kehidupannya. Doktor Raiha tabah dengan
                      kematian anak tunggal kesayangannya dan keruntuhan rumah tangganya.
                   •  Unong Siron tabah menjalani pembedahan penggantian sendi pada pinggulnya untuk kali yang keenam.




               26 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31