Page 24 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 24
20. Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup
• Doktor Raiha tabah menghadapi cabaran dan konflik dalam kehidupannya. Doktor Raiha tabah dengan
kematian anak tunggal kesayangannya dan keruntuhan rumah tangganya.
• Unong Siron tabah menjalani pembedahan penggantian sendi pada pinggulnya untuk kali yang keenam.
21. Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
• Doktor Uwang gigih membangunkan empayar PRPK yang bermula dari pusat rawatan kecil sehingga
menjadi sebuah pusat rawatan ekslusif yang terkemuka.
22. Masyarakat yang reda dengan ketentuan Tuhan
• Doktor Raiha reda dengan kehilangan anak tunggal kesayangannya yang terkorban akibat disambar api
dalam kebakaran kereta suaminya.
23. Masyarakat yang jujur dalm mengambil tindakan
• Felicia jujur menceritakan punca kematian anak Doktor Raiha kepadanya setelah menginsafi
kesalahannya merahsiakan perkara itu.
24. Masyarakat yang sayang akan keluarga
• Doktor Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya,
Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk
kanak-kanak sindrom Down.
• Ibu Unong Siron menghantar anaknya ke PRPK supaya dia mendapat rawatan yang terbaik dan sentiasa
berada di sisi Unong Siron sepanjang mendapat rawatan di situ.
25. Masyarakat yang berkerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan
• Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng bekerjasama melakukan pembedahan kecemasan terhadap Doktor
Uwang yang kritikal setelah terlibat dalam kemalangan.
26. Masyarakat yang taat apabila menerima arahan
• Doktor Uwang mentaati arahan bapanya yang memintanya menghantar Pak Usunya, Doktor Sadiz dan
Felicia Londosi kerana bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan
tahun baharu di rumah Doktor Uwang.
• Isteri Doktor Uwang taat dengan keputusan suaminya yang menghantar anak tunggal mereka berusia
tujuh tahun ke sekolah swasta berasrama. Suaminya juga tidak mahu mempunyai anak lagi.
27. Masyarakat yang mengakui kesalahan diri
• Felicia akhirnya insaf akan kesalahannya yang terlibat secara tidak langsung dalam peristiwa yang
menyebabkan kematian Ayu dan meminta maaf daripada Doktor Raiha serta berterus terang kepadanya.
28. Masyarakat yang tegas dalam mengambil keputusan
• Doktor Raiha tegas dalam membuat keputusan. Dia tetap menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan
Doktor Sadiz meskipun tidak direstui oleh ayahnya. Dia juga tetap meneruskan kandungannya walaupun
tindakannya itu ditentang oleh suaminya.
NILAI
1. Nilai Kerajinan
• Doktor Raiha rajin belajar unsur-unsur perbedahan daripada mentornya, Doktor Uwang sewaktu menuntut
sebagai siswi tahun pertama perubatan dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh
mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
• Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia
berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
2. Nilai Ketabahan
• Doktor Raiha tabah menghadapi cabaran dan konflik dalam kehidupannya. Doktor Raiha tabah dengan
kematian anak tunggal kesayangannya dan keruntuhan rumah tangganya.
• Unong Siron tabah menjalani pembedahan penggantian sendi pada pinggulnya untuk kali yang keenam.
24 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

