Page 27 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 27
6. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
• Doktor Uwang gigih membangunkan empayar PRPK yang bermula dari pusat rawatan kecil sehingga
menjadi sebuah pusat rawatan ekslusif yang terkemuka.
7. Kita hendaklah reda dengan ketentuan Tuhan
• Doktor Raiha reda dengan kehilangan anak tunggal kesayangannya yang terkorban akibat disambar api
dalam kebakaran kereta suaminya.
8. Kita hendaklah jujur dalam mengambil tindakan
• Felicia jujur menceritakan punca kematian anak Doktor Raiha kepadanya setelah menginsafi
kesalahannya merahsiakan perkara itu.
9. Kita hendaklah sayang akan keluarga
• Doktor Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya,
Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk
kanak-kanak sindrom Down.
• Isteri Doktor Uwang mematuhi apa-apa sahaja kata dan taat dengan keputusan suaminya yang
menghantar anak tunggal mereka berusia tujuh tahun ke sekolah swasta berasrama. Suaminya juga tidak
mahu mempunyai anak lagi.
10. Kita hendaklah berkerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan
• Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng bekerjasama melakukan pembedahan kecemasan terhadap Doktor
Uwang yang kritikal setelah terlibat dalam kemalangan.
11. Kita hendaklah taat kepada ibu bapa / suami
• Doktor Uwang mentaati arahan bapanya yang memintanya menghantar Pak Usunya, Doktor Sadiz dan
Felicia Londosi kerana bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan
tahun baharu di rumah Doktor Uwang.
• Isteri Doktor Uwang taat dengan keputusan suaminya yang menghantar anak tunggal mereka berusia
tujuh tahun ke sekolah swasta berasrama. Suaminya juga tidak mahu mempunyai anak lagi.
12. Kita hendaklah mengakui kesalahan diri
• Felicia akhirnya insaf akan kesalahannya yang terlibat secara tidak langsung dalam peristiwa yang
menyebabkan kematian Ayu dan meminta maaf daripada Doktor Raiha serta berterus terang kepadanya.
13. Kita hendaklah tegas dalam mengambil keputusan
• Doktor Raiha tegas dalam membuat keputusan. Dia tetap menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan
Doktor Sadiz meskipun tidak direstui oleh ayahnya. Dia juga tetap meneruskan kandungannya walaupun
tindakannya itu ditentang oleh suaminya.
14. Kita janganlah memandang negatif terhadap anak yang cacat
• Doktor Sadiz mahukan anaknya dihantar ke pusat rawatan khas bagi kanak-kanak sindrom down,
malahan pernah mendesak isterinya, Doktor Raiha menggugurkan kandungannya kerana keadaan anak
mereka yang tidak sempurna itu. (hal.88)
15. Kita hendaklah mengenang budi apabila diberikan pertolongan
• Felicia tidak membenarkan Doktor Raiha menyentuhnya walaupun sebelum itu Doktor Raiha telah
menyelamatkannya daripada tahanan penceroboh. (hal.134)
16. Kita hendaklah mempunyai prinsip hidup
• Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor
pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang
wanita, namun berkat usaha dan prinsip yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi pakar pembedahan
yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
17. Kita hendaklah mengamalkan prinsip muafakat dalam kehidupan
• Doktor Raiha, ibu Unong Siron, Doktor Mohammad, Doktor Alex Ng dan lain-lain berusaha membebaskan
Felicia daripada terus ditahan oleh doktor palsu. (hal.132-134)
27 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

