Page 28 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 28

18.  Kita hendaklah bertindak negatif untuk mengatasi tekanan perasaan
                   •  Felicia Londosi kerap minum ubat batuk untuk melupakan masakah keluarga dan tekanan yang dihadapi
                      sehingga  lama-kelamaan  dia  menjadi  ketagih.  Begitu  juga  dengan  seorang  pemuda  yang  menyamar
                      sebagai  doktor  di  PRPK  yang  mengalami  tekanan  perasaan  setelah  gagal  dalam  peperiksaan  dan
                      ditinggalkan oleh kekasihnya.

               19.  Janganlah kita bertindak kejam terhadap orang lain
                   •  Doktor  Sadiz  bertindak  kejam  terhadap  isterinya,  Doktor  Raiha  dengan  memaksanya  menggugurkan
                      kandungan dan membiarkan Doktor Raiha hidup tanpa sokongan daripada suami. Doktor Sadiz juga telah
                      membakar keretanya sehingga menyebabkan kematian anaknya. (hal.157)

               20.  Janganlah kita mementingkan keuntungan  sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan
                   •  Doktor  Uwang  merawat  pesakitnya  dengan  motif  mengaut  keuntungan  yang  banyak.  Dia  membeli
                      peralatan yang murah dan berkualiti rendah untuk digunakan dalam pembedahan terhadap pesakit kelas
                      menengah bawah dan kelas pertengahan. Doktor Uwang juga sengaja melakukan pembedahan secara
                      berulang terhadap pesakitnya dengan tujuan memperoleh keuntungan. (hal.140)

               21.  Janganlah kita hidup dengan pergaulan bebas
                   •  Emak  Sister  Felicia  keterlanjuran  sehingga  mengandungkan  anak  luar  nikah  hasil  pergaulan  bebas
                      sewaktu mudanya

               22.  Janganlah kita bersikap angkuh dan mementingkan diri sendiri
                   •  Doktor  Sadiz  tidak  mahu  memelihara  anaknya,  Rohayu  dan  ingin  menghantar  anaknya  itu  ke  pusat
                      rawatan khas bagi kanak-kanak sindrom down kerana malu akan pandangan masyarakat terhadapnya
                      yang merupakan pakar bedah. Doktor Sadiz juga berasa angkuh apabila memenangi perbicaraan kes
                      penceraian dengan Doktor Raiha di mahkamah keluarga.



































               28 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33