Page 25 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 25
3. Nilai Keberanian
• Doktor Raiha berani mempetahankan pendiriannya dengan mengatakan bahawa kematian anak
perempuannya adalah disebabkan oleh suaminya, Doktor Sadiz meskipun keputusan mahkamah
mengatakan sebaliknya. (Sub Nilai - Keberanian mempertahankan pendirian)
• Ibu Unong Siron berani mempertikaikan rawatan yang diberikan oleh Doktor Uwang kepada anaknya,
Unong Siron dengan mengatakan Doktor Uwang hanya mahu mengambil kesempatan ke atas mereka
dan tidak memperdulikan kebajikan dan keselamatan anaknya. (Sub Nilai - Keberanian
mempertahankan hak)
• Felicia berani memberitahu penglibatannya atas kematian Rohayu kepada Doktor Raiha setelah sekian
lama menyimpan rahsia itu. (Sub Nilai - Keberanian menyatakan kebenaran)
• Doktor Raiha berani melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan melakukan
pembedahan kali keenam penggantian tulang pinggul Unong Siron walaupun Raiha berpendapat hanya
Doktor Uwang yang layak melakukan pembedahan itu. (Sub Nilai - Keberanian dalam mengambil
tanggungjawab)
4. Nilai Tanggungjawab
• Doktor Raiha berusaha untuk memastikan setiap operasi pembedahan yang dilakukannya akan
memuaskan hati semua pihak yang terlibat.
• Doktor Raiha memeriksa Unong Siron setelah menjalani pembedahan bagi memastikan tahap kesihatan
gadis itu memuaskan.
• Ayah Doktor Raiha membantah hasratnya ingin berkahwin dengan Doktor Sadiz kerana tidak mahu Doktor
Raiha menghadapi masalah pada kemudian hari.
5. Nilai Keprihatinan
• Doktor Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam
kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor
pakar yang bukan calang-calang.
• Datu Ontong meminta Doktor Uwang menghantar Pak Usunya, Doktor Sadiz dan Felicia Londosi kerana
bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan tahun baharu di rumah
Doktor Uwang.
6. Nilai Kegigihan
• Doktor Uwang gigih membangunkan empayar PRPK yang bermula dari pusat rawatan kecil sehingga
menjadi sebuah pusat rawatan ekslusif yang terkemuka.
• Doktor Raiha gigih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pakar bedah yang mengutamakan
kebajikan pesakitnya. Doktor Raiha juga gigih mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang yang lebih
mementingkan keuntungan dan sikap Felicia Landosi yang tidak mesra pelanggan.
* Maksud gigih – patuh kepada pendirian (pendapat dsb) sendiri
7. Nilai keredaan
• Doktor Raiha reda dengan kehilangan anak tunggal kesayangannya yang terkorban akibat disambar api
dalam kebakaran kereta suaminya.
8. Nilai kejujuran
• Felicia jujur menceritakan punca kematian anak Doktor Raiha kepadanya setelah menginsafi
kesalahannya merahsiakan perkara itu.
9. Nilai kasih sayang
• Doktor Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya,
Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk
kanak-kanak sindrom Down. Ibu Unong Siron menghantar anaknya ke PRPK supaya dia mendapat
rawatan yang terbaik dan sentiasa berada di sisi Unong Siron sepanjang mendapat rawatan di situ. (Sub
Nilai - Kasih sayang ibu terhadap anak)
• Doktor Raiha menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri dan
sedia memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat dalam tragedi kematian Ayu. (Sub Nilai - Kasih sayang
rakan terhadap rakan)
• Ayah Doktor Raiha menasihatinya agar tidak beerkahwin dengan Doktor Sadiz yang sombong dan lebih
tua daripadanya kerana yakin perkahwinan tersebut tidak akan membawa kebahagian. (Sub Nilai - Kasih
sayang ayah terhadap anak)
10. Nilai kerjasama
• Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng bekerjasama melakukan pembedahan kecemasan terhadap Doktor
Uwang yang kritikal setelah terlibat dalam kemalangan.
25 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

