Page 56 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 56
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
• Keprihatinan. Contoh, Arif berusaha agar doktor dan ibu bapa Azmir memahami keadaan sebenar Azmir
yang menanggung kesakitan.
• Hemah tinggi. Contoh, Arif melayan Azmir dengan baik dan sanggup belajar daripada Azmir untuk
memudahkannya mengarah drama Sasau.
• Baik hati. Contoh, Arif sanggup pergi ke rumah ibu bapa Azmir dan menasihati mereka berkaitan kasih
sayang ibu terhadap anak.
• Kasih sayang. Contoh, Bapa Azmir menziarahi Azmir yang dirawat di wad pesakit jiwa Hospital Besar Kangar.
• Kesetiaan. Contoh, Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia terbayang-bayang Ani datang
kepadanya walaupun hakikatnya, Ani telah meninggalkannya.
• Bertimbang rasa. Contoh, Doktor Razi membenarkan Azmir bersiar-siar di luar kawasan hospital kerana
berkelakuan baik.
• Tanggunjawab. Contoh, Doktor bertanggungjawab mencari dan membawa Azmir yang tidak pulang ke wad
pesakit jiwa semula.
• Simpati. Contoh, Pelakon II simpati terhadap Azmir yang berguling-guling di atas lantai kerana menahan
kesakitan.
PENGAJARAN
• Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup. Contoh, Azmir tabah melawan penyakit barah otak
sendirian tanpa sokongan daripada ibu bapa, doktor dan kekasihnya.
• Kita hendaklah bijak memberi pendapat dan pandangan. Contoh, Azmir dapat mengeluarkan hujah bernas
tentang cinta, kasih sayang dan kemanusiaan. Hujahnya menyakinkan Arif bahawa Azmir tidak gila tetapi
menahan sakit yang tidak tertanggung.
• Kita hendaklah peka akan isu semasa. Contoh, Azmir melahirkan perasaan sedih akan penderitaan manusia
sebagai akibat bencana alam.
• Kita hendaklah menghargai jasa. Contoh, Azmir berterima kasih kepada ibu bapanya yang telah
membesarkannya. Dia juga berterima kasih kepada golongan petani, buruh dan nelayan yang
membangunkan negara.
• Kita hendaklah prihatin terhadap kesusahan orang lain. Contoh, Arif berusaha agar doktor dan ibu bapa
Azmir memahami keadaan sebenar Azmir.
• Kita hendaklah bersikap hemah tinggi dan tidak memilih kawan. Contoh, Arif melayan Azmir dengan baik
dan sanggup belajar daripada Azmir untuk memudahkannya mengarah drama Sasau.
• Kita hendaklah bersikap baik hati dan ikhlas dalam membantu orang lain. Contoh, Arif sanggup pergi ke
rumah ibu bapa Azmir dan menasihati mereka berkaitan kasih sayang ibu terhadap anak.
• Kita mestilah sayang akan keluarga. Contoh, Bapa Azmir menziarahi Azmir yang dirawat di wad pesakit jiwa
Hospital Besar Kangar.
• Kita hendaklah setia dalam perhubungan. Contoh, Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia
terbayang-bayang Ani datang kepadanya walaupun hakikatnya, Ani telah meninggalkannya.
• Kita hendaklah bertimbang rasa terhadap kesusahan orang lain. Contoh, Doktor Razi membenarkan Azmir
bersiar-siar di luar kawasan hospital keran berkelakuan baik.
• Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. Contoh, Doktor Razi bertanggungjawab
mencari dan membawa Azmir yang tidak pulang ke wad pesakit jiwa semula.
• Kita hendaklah bersimpati terhadap mereka yang menanggung kesakitan. Contoh, Pelakon II simpati
terhadap Azmir yang berguling-guling di atas lantai kerana menahan kesakitan.
• Janganlah kita memandang negatif terhadap orang lain tanpa usul periksa. Contoh, Ibu bapa Azmir, Pak
Haji, Ani dan doktor mengambil jalan mudah dengan mengatakan Azmir menghidap penyakit jiwa tanpa
cuba memahami situasi sebenar.
azan ab latif GCBM KVWT 56

