Page 51 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 51

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

               NILAI

               •  Kepatuhan.  Contohnya,  Nusia  patuh  dan  menurut  arahan  Profesor  Doktor  Juaidi  supaya  memberikan
                  sebotol gelafundin kepada Solehah untuk menggantikan darah tulen.
               •  Kasih  sayang.  Contohnya,  Nusia  amat  menyanyangi  dan  mengambil  berat  terhadap  kesihatan  pesakit-
                  pesakitnya.
               •  Tanggungjawab. Contohnya, Nusia berusaha untuk memberikan khidmat rawatan terhadap pesakitnya Tuan
                  Besar Musa dengan penuh tanggungjawab .
               •  Simpati. Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
               •  Rasional.  Contohnya,  Nusia  menganggap  nyawa  lima  orang  pesakit  yang  kritikal  itu  perlu  diselamatkan
                  kerana masih menggalas tanggungjawab besar terhadap anak-anak dan masyarakat.
               •  Prihatin. Contohnya, Doktor Murni memaklumkan kepada Profesor Doktor Juadi mengenai bekalan darah di
                  bank hospital itu yang telah kehabisan stok .
               •  Baik hati. Contohnya,Doktor Murni mengajak Nusia menderma empat pek darah untuk menyelamatkan
                  semua pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.
               •  Keberanian.  Contohnya,  Doktor  Murni  berani  menyerahkan  surat  peletakan  jawatannya  sebagai  doktor
                  perubatan di hospital itu kerana yakin akan ada hospital lain yang memerlukan khidmatnya.
               •  Ketegasan. Contohnya, Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya tanpa sebarang syarat.


               PENGAJARAN

               •  Kita  hendaklah  menyayangi  sesama  insan.  Contohnya,  Nusia  amat  menyanyangi  dan  mengambil  berat
                  terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
               •  Kita  hendaklah  menjalankan  tugas  dengan  penuh  tanggungjawab.  Contohnya,  Nusia  berusaha  untuk
                  memberikan khidmat rawatan terhadap pesakitnya Tuan Besar Musa dengan penuh tanggungjawab .
               •  Kita hendaklah bersimpati dengan penderitaan insan lain. Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila
                  melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
               •  Kita hendaklah berfikiran rasional. Contohnya, Nusia menganggap nyawa lima orang pesakit yang kritikal
                  itu perlu diselamatkan kerana masih menggalas tanggungjawab besar terhadap anak-anak dan masyarakat.
               •  Kita  hendaklah  prihatin  akan  keperluan  orang  lain.  Contohnya,  Doktor  Murni  memaklumkan  kepada
                  Profesor Doktor Juadi mengenai bekalan darah di bank hospital itu yang telah kehabisan stok .
               •  Kita hendaklah bersikap baik hati. Contohnya, Doktor Murni mengajak Nusia menderma empat pek darah
                  untuk menyelamatkan semua pesakit di wad Unit Rawatan Rapi.
               •  Keberanian.  Contohnya,  Doktor  Murni  berani  menyerahkan  surat  peletakan  jawatannya  sebagai  doktor
                  perubatan di hospital itu kerana yakin akan ada hospital lain yang memerlukan khidmatnya.
               •  Kita hendaklah tegas dalam mengambil tindakan. Contohnya, Doktor Murni menyerahkan surat peletakan
                  jawatannya tanpa sebarang syarat.
















                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   51
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56