Page 54 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 54

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

               •  Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak bukan hanya dalam soal pelajaran.
                  Ibu  Azmir  menyangka  dengan  memberi  Azmir  pelajaran  hingga  berjaya  ke  peringkat  universiti  sudah
                  memadai bagi anaknya itu.

               •  Sikap masyarakat yang tindakannya berbeza dengan kata-kata.
                  Azmir melabelkan Pak Haji sebagai seorang yang hipokrit kerana bercakap lain dan berbuat lain.

               •  Perasaan cinta yang tidak ikhlas.
                  Ani meninggalkan Azmir apabila mengetahui kekasihnya itu  dikatakan berpenyakit  jiwa.


               PERWATAKAN DAN PERWATAKAN

               Watak utama – Azmir
               Watak-watak sampingan – Arif, Doktor Razi, ibu Azmir, bapa Azmir, Ani, Pak Haji, Pelakon I, Pelakon II, dan
               Pelakon III.


               AZMIR

               •  Seorang pemuda yang menderita sakit barah otak.
               •  Seorang  bekas mahasiswa universiti.
               •  Seorang yang tabah. Azmir tabah  melawan penyakit barah otak sendirian tanpa sokongan daripada ibu bapa,
                  doktor dan kekasihnya.
               •  Seorang yang bijak. Azmir dapat mengeluarkan hujah bernas tentang cinta, kasih sayang dan kemanusiaan.
                  Hujahnya menyakinkan Arif bahawa Azmir tidak gila tetapi menahan sakit yang tidak tertanggung.
               •  Seorang yang peka isu semasa. Azmir melahirkan perasaan sedih akan penderitaan manusia sebagai akibat
                  bencana alam  seperti di Bangladesh dan Afrika.
               •  Seorang yang menghargai jasa. Azmir berterima kasih kepada ibu bapanya yang telah membesarkannya. Dia
                  juga berterima kasih kepada golongan petani, buruh dan nelayan yang membangunkan negara.


               ARIF

               •  Dia merupakan pengarah drama Sasau.
               •  Seorang yang prihatin.  Arif berusaha agar doktor dan ibu bapa Azmir memahami keadaan sebenar Azmir
                  yang sedang menanggung kesakitan.
               •  Seorang yang berjiwa besar. Arif  melayan Azmir dengan baik dan sanggup belajar daripada Azmir untuk
                  memudahkannya mengarah drama Sasau.
               •  Seorang yang baik hati.  Arif sanggup pergi ke rumah ibu bapa Azmir dan menasihati mereka berkaitan kasih
                  sayang ibu terhadap anak.


               LATAR

               Latar Tempat
               •  Wad pesakit gila Hospital Besar Kangar  – tempat Azmir menjalani rawatan.
               •  Pentas – tempat   para   pelakon   drama   ‘Sasau’   berlakon.
               •  Rumah Azmir – tempat tinggal Azmir dan dikunjungi Arif serta rakan-rakannya.
               •  Ruang tamu rumah Ani – tempat ani duduk membaca akhbar tentang kematian Azmir.

               Latar Masa
               •  Waktu siang – Bapa dan Pak Haji melawat Azmir di wad.
               •  Tiga hari – tempoh Azmir menghilangkan diri dari wad pesakit jiwa.
               •  Sehari – tempoh Arif dan para pelakon berkawan dengan Azmir.


                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   54
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59