Page 53 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 53

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

               ADEGAN IV

               Azmir  teringat akan  kisah hidup dan pertemuan pertamanya dengan Ani yang sukar dilupakan. Kenangan lalu
               mengundang  mimpi indah dan ngeri. Bagi Azmir, hidup ini penuh dengan ketidakpastian.  Ketika dia sedang
               berkhayal, dia menjadi lemah dan rebah ke lantai.

               ADEGAN V

               Di ruang tamu rumahnya, Ani telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad sakit jiwa
               Hospital Besar Kangar pada 21 Jun 1993. Kematiannya dikatakan berpunca daripada penyakit barah otak. Berita
               itu membuatkan Ani berasa bersalah dan berasa dirinya bersikap kejam terhadap Azmir. Berita kematian Azmir
               dilaporkan dalam akhbar


               PEMIKIRAN

               Ketabahan  seorang  anak  muda  yang  terpaksa  melawan  penyakit  barah  otaknya  bersendirian.  Azmir  tabah
               melawan penyakit barah otak yang dihidapinya bersendirian. Azmir dianggap gila oleh ibu bapanya, kekasih,
               doktor dan masyarakat di sekitarnya kerana perlakuannya yang sering menghantuk-hantukkan kepalanya ke
               lantai atau ke dinding hingga berdarah. Azmir ditempatkan di wad pesakit jiwa hingga dia meninggal dunia tanpa
               sesiapa berada di sisinya.


               PERSOALAN

               •  Persoalan sikap ibu bapa yang tidak prihatin
                  Ibu dan bapa Azmir tidak prihatin dengan masalah sakit yang dihadapi oleh Azmir. Mereka membuat andaian
                  Azmir  kurang  siuman  kerana  sering  berkelakuan  pelik  dan  menghantuk-hantukkan  kepalanya  hingga
                  berdarah.

               •  Ketabahan seorang pesakit barah otak  menghadapi  penyakitnya seorang diri.
                  Azmir yang menghidap penyakit barah otak melawan penyakitnya itu sendirian tanpa sokongan daripada ibu
                  bapa dan kekasihnya.

               •  Pandangan negatif masyarakat terhadap orang yang mengalami masalah mental.
                  Azmir meluahkan rasa kecewanya terhadap masyarakt yang hilang kasih sayang terhadap manusia lain.  Pak
                  Haji menyangka dia sudah keluar dari agama Islam, Ani tidak berusaha memahami penyakitnya, doktor pula
                  tidak mendiagnosis penyakitnya. Mereka mengambil jalan mudah dengan mengatakan Azmie gila.

               •  Keprihatinan golongan muda terhadap seorang yang dianggap gila.
                  Arif mengatakan bahawa Azmir tidak gila tetapi menghadapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung dan
                  bukannya gila sebagaimana anggapan  Doktot Razi, Ani dan ibu bapanya.

               •  Kesan yang dialami oleh seorang pesakit barah otak.
                  Azmir akan menghantuk-hantukkan kepalanya apabila tidak tahan akan kesakitan yang tidak tertanggung.

               •  Kepelbagaian pendapat oleh masyarakat tentang sesuatu isu.
                  Pelakon drama Sasau dan Azmir berbeza pendapat tentang pengertian dunia kepada mereka.  Pelakon  I
                  mengatakan kuasa,  pelakon II mengatakan wang,  pelakon III mengatakan fikiran, manakala Azmir  pula
                  mengatakan sistem yang prorakyat dapat mengawal kuasa, wang dan fikiran manusia.

               •  Jasa nelayan, petani dan buruh dalam membangunkan kesejahteraan rakyat dan negara.
                  Azmir  meluahkan  perasaannya  terhadap  pengorbanan  dan  jasa  nelayan,  petani  dan  buruh  dalam
                  membangunkan kesejahteraan rakyat dan negara ketika dia di dalam bilik kurungan pesakit jiwa.



                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   53
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58