Page 55 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 55
SEJADAH RINDU] Tingkatan 5 / 2 SVM
• Waktu tingkatan enam – ibu Azmir mula mengesan sikap gila-gila anaknya pada waktu itu.
• Waktu belajar di universiti – sikap pelik Azmir semakin menjadi-jadi semasa di universiti.
• 21 Jun 1993 – tarikh kematian Azmir.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup. Contoh, Azmir tabah melawan penyakit barah otak
sendirian tanpa sokongan daripada ibu bapa, doktor dan kekasihnya.
• Masyarakat yang bijak memberi pendapat dan pandangan. Contoh, Azmir dapat mengeluarkan hujah
bernas tentang cinta, kasih sayang dan kemanusiaan. Hujahnya menyakinkan Arif bahawa Azmir tidak gila
tetapi menahan sakit yang tidak tertanggung.
• Masyarakat yang peka akan isu semasa. Contoh, Azmir melahirkan perasaan sedih akan penderitaan
manusia sebagai akibat bencana alam.
• Masyarakat yang menghargai jasa orang lain. Contoh, Azmir berterima kasih kepada ibu bapanya yang telah
membesarkannya. Dia juga berterima kasih kepada golongan petani, buruh dan nelayan yang
membangunkan negara.
• Masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain. Contoh, Arif berusaha agar doktor dan ibu bapa
Azmir memahami keadaan sebenar Azmir.
• Masyarakat yang bersikap hemah tinggi dan tidak memilih kawan. Contoh, Arif melayan Azmir dengan baik
dan sanggup belajar daripada Azmir untuk memudahkannya mengarah drama Sasau.
• Masyarakat yang bersikap baik hati dan ikhlas dalam membantu orang lain. Contoh, Arif sanggup pergi ke
rumah ibu bapa Azmir dan menasihati mereka berkaitan kasih sayang ibu terhadap anak.
• Masyarakat yang sayang akan keluarga. Contoh, Bapa Azmir menziarahi Azmir yang dirawat di wad pesakit
jiwa Hospital Besar Kangar.
• Masyarakat yang setia dalam perhubungan. Contoh, Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia
terbayang-bayang Ani datang kepadanya walaupun hakikatnya, Ani telah meninggalkannya.
• Masyarakat yang bertimbang rasa terhadap kesusahan orang lain. Contoh, Doktor Razi membenarkan
Azmir bersiar-siar di luar kawasan hospital kerana berkelakuan baik.
• Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. Contoh, Doktor Razi
bertanggungjawab mencari dan membawa Azmir yang tidak pulang ke wad pesakit jiwa semula.
• Masyarakat yang bersimpati terhadap mereka yang menanggung kesakitan. Contoh, Pelakon II simpati
terhadap Azmir yang berguling-guling di atas lantai kerana menahan kesakitan.
• Masyarakat golongan pesakit yang menderita penyakit kronik. Contoh, Azmir mengalami sakit kepala yang
teruk kerana menghidap penyakit barah otak.
• Masyarakat golongan doktor yang kurang ilmu. Contoh, Doktor Razi tidak teliti ketika memeriksa dan
merawat Azmir. Sebaliknya, dia mengambil jalan mudah dengan mengatakan Azmir gila.
• Masyarakat golongan ibu bapa yang kurang memberikan sokongan dan kasih sayang. Contoh, Ibu bapa
Azmir sering mengambil mudah tentang perubahan sikap Azmir dan mengambil jalan mudah dengan
mengatakan Azmir menghidap sakit jiwa.
• Masyarakat yang mudah mempercayai khabar angin tanpa menyelidik terlebih dahulu. Contoh, Ani
mengambil keputusan memutuskan cinta dengan Azmir dan meninggalkannya setelah mendengar khabar
bahawa Azmir kurang siuman.
• Masyarakat yang menginsafi kesilapan. Contoh, Ani menginsafi kesilapannya kerana meninggalkan Azmir.
Namun, tindakannya telah terlambat kerana Azmir sudah meninggal dunia.
NILAI
• Ketabahan. Contoh, Azmir tabah melawan penyakit barah otak sendirian tanpa sokongan daripada ibu bapa,
doktor dan kekasihnya.
• Bijaksana. Contoh, Azmir bijak mengeluarkan hujah bernas tentang cinta, kasih sayang dan kemanusiaan.
Hujahnya menyakinkan Arif bahawa Azmir tidak gila tetapi menahan sakit yang tidak tertanggung.
• Rasional. Contoh, Azmir melahirkan perasaan sedih akan penderitaan manusia sebagai akibat bencana alam
di Bangladesh dan Afrika.
• Menghargai jasa. Contoh, Azmir berterima kasih kepada ibu bapanya yang telah membesarkannya. Dia juga
berterima kasih kepada golongan petani, buruh dan nelayan yang membangunkan negara.
azan ab latif GCBM KVWT 55

