Page 62 - TPP JPNP
P. 62

TRANSFORMASI




            SEKOLAH









                    Memperkasakan STEM dan TVET                                       Membina Jaringan dan Jalinan

                    STEM  dan  TVET  merupakan  penawaran  subjek                     Kejayaan  dan  keberkesanan  sesebuah  sekolah
                    dalam      menyediakan      kepelbagaian      kemahiran           bukan     sekadar    bergantung     kepada     kekuatan
                    berasaskan Sains dan Teknologi kepada murid-murid.                dalaman  sahaja,  malah  PGB,  selaku  pemimpin
                    Kepesatan  Revolusi  Industri  4.0  dan  5.0  juga  perlu         sekolah  perlu  mempunyai  sinergi  dan  mewujudkan
                    diselarikan  dengan  kemahiran  multitasking  yang                perkongsian     pintar   dengan     pihak    luar   bagi
                    diajarkan  dalam  pendidikan.  Kemahiran  ini  bukan              mempercepat  proses  keberhasilan  sekolah  dicapai.
                    sekadar  penerimaan  ilmu  di  dalam  kelas,  malah               Jaringan  dan  jalinan  pintar  ini  bukan  sahaja
                    mampu  menyediakan  pelantar  kerjaya  masa  depan                bermatlamatkan kemenjadian murid dan keberhasilan
                    kepada murid.                                                     sekolah  tetapi  pada  masa  yang  sama  mengajak
                                                                                      pihak luar untuk sama-sama membina watak sekolah
                                                                                      yang  beridentitikan  lokaliti.  Bagi  sekolah  yang  telah
                                                                                      benar-benar  menonjolkan  identiti  berwatak  Pahang,
                                                                                      Anugerah  Mangga  Tunggal  diberikan  sebagai
                                                                                      pengiktirafan.





                                   Pelantar Sumber Kemahiran

                    Bagi  menarik  minat  murid,  beberapa  strategi  telah
                    dirancang  merangkumi  pemantapan  pedagogi  dan
                    sibergogi,  penambahan  kekerapan  aktiviti  program
                    berasaskan       STEM      secara     berterusan     dan
                    mengadakan  lawatan  pra-STEM  ke  lapangan  yang
                    bersesuaian.




                                                                                                    Perkongsian Pintar Pemimpin Sekolah





                                Keperluan Revolusi
                                Industri 4.0 dan 5.0





         43         Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67