Page 33 - KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2
P. 33
KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2
ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan murid. Oleh yang demikian, penguasaan mereka. Kaedah PdP yang relevan dan sesuai
fleksibiliti dibenarkan dari segi instrumen dan aktiviti yang dirancang perlu diaplikasikan.
oleh guru.
Pentaksiran bagi mata Pelajaran Pendidikan Moral boleh
melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu guru, ahli
keluarga dan komuniti mengikut kesesuaian. Pengumpulan
maklumat daripada pelbagai sumber dan aktiviti akan menghasilkan
dapatan yang mempunyai kesahan bagi membantu guru membuat
keputusan yang lebih jelas tanpa ragu-ragu. Tujuan utama
pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk
merancang tindakan susulan supaya murid dapat menguasai hasil
pembelajaran yang dihasratkan oleh guru. Tindakan susulan boleh
dikategorikan kepada dua jenis seperti berikut:
Pengukuhan dan pengayaan pembelajaran adalah untuk murid
yang sudah menguasai SP dan tahap penguasaan yang
ditetapkan. Maka, latihan tambahan yang lebih mencabar perlu
diberikan kepada golongan murid ini.
Bimbingan dan pemulihan adalah untuk murid yang belum atau
dalam proses menguasai SP dan tahap penguasaan yang
ditetapkan. Oleh itu, golongan murid ini perlu diberi galakan
dan aktiviti bimbingan yang bersesuaian pada tahap
21

