Page 24 - SK Tahun 6 Pendidikan Kesihatan
P. 24
Segar Berseloka
Segar Berseloka
Segar Berseloka
Sempena kempen pemakanan berkhasiat, acara berbalas pantun antara
Tahun 6 Amal dengan Tahun 6 Berkat telah dianjurkan. Mari kita ikuti acara
tersebut.
PASUKAN YANG MENJUAL PASUKAN YANG MEMBELI
Piramid makanan menjadi panduan, Makanan segar warisan berzaman,
Keperluan hidangan tersusun sejajar; Tiada pengawet tiada kimia;
Apakah faedah kepada kesihatan, Sihat fizikal bebas ancaman,
Jika diutamakan makanan yang segar? Sejahtera mental tanpa pewarna.
Telur, bijirin, susu dan roti, Makanan sihat penyeri selera,
Dimakan bersama buah-buahan; Bijirin dan buah-buahan amat berzat;
Apakah kesannya kepada diri, Sarapan berkhasiat memberi tenaga,
Makanan tersenarai dijadikan sarapan? Badan yang sihat bertambah kuat.
Menu makan di tengah hari, Makanan organik kegemaran elit,
Resipi organik menjadi tumpuan; Hasil teknologi semula jadi;
Jika berhajat tampan berseri, Imuniti kukuh pencegah penyakit,
Apakah manfaat diet sedemikian? Obesiti dijauhi, penyakit dihindari.
Perut sebu di waktu malam,
Makanan segar pilihan hati; Sesuainya ulam di waktu begini,
Jikalau kamu penggemar ulam, Makanan berminyak perlu disaring;
Cadangkan menu rendah kalori. Untuk hidangan rendah kalori,
Makanan dikukus, elak digoreng.
PENGUKUHAN
Sediakan koleksi pantun bertemakan makanan segar untuk dimuat naik dalam laman
web sekolah.
INFORMASI
Makanan organik dihasilkan daripada kaedah pertanian yang diusahakan secara semula jadi. Bahan
makanan organik bebas daripada penggunaan baja kimia serta penggunaan hormon tumbesaran.
1.3.2
16

