Page 40 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 40
Pembaling Hebat
Pembaling Hebat
Afiq, Ramu, Dawan dan Albert menyertai permainan balingan bintang dan balingan
tepat. Mereka ingin menunjukkan kemahiran balingan tangan lurus. Afiq mahir
melakukan balingan tangan lurus mengikut arah jam pada pelbagai kelajuan.
Albert pula mahir melakukan balingan tangan lurus lawan arah jam. Kelajuan
pergerakan bola ditentukan dengan kadar kelajuan ayunan atau putaran tangan
semasa membaling. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi
permainan tersebut.
B3
B2
B1 A1
A2
Lakukan balingan 10 meter
sempurna mengikut
arah dan aras yang
sesuai.
A3
Permainan balingan bintang
Nota Guru
Nota Guru
Cara bermain permainan balingan bintang.
C
1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil.
2. Tentukan kumpulan pemadang (A) dan kumpulan pemukul (B).
3. A1 membaling bola kepada A2.
4. A memperoleh 1 mata jika B gagal memukul bola.
5. Jika berjaya memukul bola, B1 perlu berlari ke skital. Jika berjaya sampai ke skital, B memperoleh 1 mata.
6. B terkeluar jika:
i. gagal memukul setelah tamat 3 peluang memukul,
ii. bola yang dipukul berjaya disambut A, dan
iii. A menyentuh skital sebelum B tiba.
7. Tukar peranan apabila semua B berjaya disingkirkan.
8. Kumpulan yang mengumpul mata tertinggi ialah pemenang.
32

