Page 39 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 39
C. PERMAINAN KATEGORI MEMADANG
Penahan Bijak
Penahan Bijak
Afiq dan rakan-rakan sedang meningkatkan kemahiran menahan bola yang
dibaling dengan pelbagai kelajuan. Kemahiran ini penting agar bola yang
ditahan dapat dikawal. Pemukul perlu serap daya ketika kontak bola mengikut
kesesuaian permukaan bet untuk mengurangkan hentaman agar bola tidak
melantun jauh. Sebagai ketua kumpulan pemukul, Afiq perlu memastikan setiap
ahli kumpulannya bersedia dengan cabaran ini.
I N F O R M A S I
Kemahiran menahan bola dengan bet leper dan bet silinder.
Terangkan cara untuk
mengelakkan bola yang
mengenai bet tidak
melantun jauh.
Reka pancang yang
sesuai digunakan untuk
permainan tahan serap.
Tahan serap aras bawah Tahan serap aras atas
dengan bet leper. dengan bet silinder.
Daniel, bersedia
untuk berlari.
Saya sedia.
Nota Guru
Nota Guru Permainan tahan serap
C
Cara bermain permainan tahan serap.
1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil.
2. Tentukan kumpulan pemukul dan kumpulan pemadang.
3. Pembaling akan membaling ke pancang. Penangkap bersedia untuk menangkap bola.
Pemadang yang lain perlu berada di luar bulatan.
4. Jika pemukul berjaya menahan bola menggunakan bet, lari untuk bertukar posisi dengan pasangan.
Berjaya melakukan larian, pasukan memperoleh 1 mata.
5. Pemukul tersingkir jika:
i. pemadang menyentuhkan bola pada badan pemukul, atau
ii. pemadang menyentuh dan menjatuhkan pancang.
6. Tukar peranan apabila semua pemukul berjaya disingkirkan.
7. Variasikan permainan dengan menggunakan bet berbentuk silinder. 1.8.3, 2.8.6, 5.4.1
31

