Page 36 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 36

Penangkis Hebat
                     Penangkis Hebat

                Siti Rohani memulakan permainan tangkas tangkis dengan melakukan servis
                bawah untuk menghantar bulu tangkis ke gelanggang pasukan lawan. Irene
                pula melakukan pukulan kilas dengan menghantar bulu tangkis hampir di atas
                jaring. Asraf dan Paul membalas pukulan tersebut dengan pelbagai kemahiran
                seperti pukulan hadapan, pukulan kilas, lob dan smesy. Setiap kumpulan berusaha
                bersungguh-sungguh untuk memenangi permainan ini.

                                                                         Saya perlu tangkas
                                                                      bergerak mengikut arah
                                                                        pergerakan bola dan
                      Pukulan yang kuat                                  situasi yang sesuai.
                     menghasilkan jarak
                     sasaran yang jauh.




                                                                                4



                                      1                                                         2


                                      3










                                                        Permainan tangkas tangkis
                                   Kontak bulu
                                tangkis di tengah                               Kontak bulu tangkis
                                permukaan raket.                                   semasa berada
                                                                                   di atas kepala.
                 Pastikan peralatan berkeadaan
                 baik, lantai tidak licin dan ruang   Bagaimanakah kontak permukaan
                 tempat bermain cukup luas.          alatan dengan bola mempengaruhi
                                                     jarak bola ke sasaran?
                 Nota Guru
                 Nota Guru
                C
                Cara bermain permainan tangkas tangkis.
                1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil.
                2. Setiap pasangan akan bergilir-gilir melakukan servis kepada pasukan lawan.
                3. Pasukan servis akan memperoleh 1 mata jika bulu tangkis gagal dikembalikan oleh pasukan lawan.
                4. Pasukan menerima servis akan memperoleh 1 mata jika berjaya mengawal dan mematikan bulu tangkis ke
                   kawasan pasukan lawan.
                5. Pemain yang berjaya memperoleh 15 mata terdahulu ialah pemenang.
                                                                                1.7.1, 1.7.3, 2.7,1, 2.7.2, 5.1.4
                 28
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41