Page 41 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 41

Saya mesti             I N F O R M A S I
                  membaling tepat         Pertubuhan Kriket Melayu Se-Malaya telah ditubuhkan pada tahun
                     ke sasaran.          1950. Walau bagaimanapun, pada tahun 1978 pertubuhan ini
                                          dibubarkan atas beberapa sebab. Pada tahun 1992, pertubuhan ini
                                          diwujudkan semula dengan nama Persatuan Kriket Melayu Malaysia.
                                          Sumber: Persatuan Kriket Melayu Malaysia.







                     B2
                                  A1
                                                                   Berhati-hati ketika membaling bola agar
                                                                   tidak mengenai rakan yang memadang.


                                                                                                  B1















                                                    Permainan balingan tepat


                  Sediakan borang skor untuk permainan ini   Reka pelindung kepala yang boleh dipakai oleh
                  dengan menggunakan perisian yang sesuai.   pemukul dalam permainan yang dinyatakan.



                  Mengapakah bola perlu dibaling dengan pelbagai kelajuan
                  semasa membaling dengan tangan lurus ke sasaran?
                  Nota Guru
                  Nota Guru
                  C
                  Cara bermain permainan balingan tepat.
                  1. Bahagikan murid kepada kumpulan kecil.
                  2. Tentukan kumpulan pemadang (A) dan kumpulan pemukul (B).
                  3. A1 membaling bola tepat ke pancang untuk menjatuhkannya. Jika berjaya, pasukan memperoleh 3 mata.
                  4. B1 berdiri di hadapan pancang dan perlu menahan bola supaya tidak terkena pancang. Sekiranya berjaya
                    menahan bola, B1 dan B2 akan lari bertukar tempat. B2 pula akan memukul.
                  5. B tersingkir jika:
                    i.  bola yang dipukul ditangkap A,
                    ii.  A menyentuhkan bola ke badan B, atau
                    iii.  A menyentuh pancang sebelum B tiba.
                  6. Berjaya menyingkirkan B, A memperoleh 1 mata.
                  7. Tukar peranan jika semua pemukul berjaya disingkirkan.
                  8. Pasukan yang memperoleh mata tertinggi ialah pemenang.               1.8.1, 2.8.1, 5.2.2

                                                                                                    33
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46