Page 24 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 24
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL 2020
CATATAN:
Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah
institusi peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi
dan penyeliaan pendidikan
10.1 DISIPLIN PELAJAR
10.1.1 Hendaklah diambil ingatan bahawa setiap guru SSBJ adalah guru disiplin. Oleh itu, menjadi
kewajipan semua guru memastikan disiplin sekolah dipatuhi.
10.1.2 Jika berlaku pelanggaran disiplin, seseorang guru itu hendaklah menyelesaikannya seberapa segera
yang boleh.
10.1.3 Jika tidak dapat diselesaikan, hendaklah dikemukakan kepada AJK Disiplin, Guru Bimbin gan &
Kaunseling, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan atau Pengetua mengikut keutamaan.
10.1.4 Pengetua akan melaksanakan hukuman setimpal dengan kesalahan pelajar mengikut peraturan yang
mengawalnya.
10.2 TATACARA KETIKA KEBAKARAN
10.2.1 Guru hendaklah memberhentikan pengajarannya serta merta dan menguruskan pengungsian bangunan
iaitu:
a. arahkan pelajar keluar kelas dengan tenang dan teratur
b menuju ke tempat berkumpul yang telah dikhaskan semasa latihan kawad kebakaran.
10.2.2 Guru hendaklah memastikan tidak ada pelajar yang tertinggal di dalam kelas atau mana-mana bangunan
sekolah/asrama.
10.2.3 Menyemak bilangan pelajar melalui Buku Jadual Kedatangan (sekiranya sempat diambil)
10.2.4 Tunggu arahan selanjutnya untuk pulang ke kelas atau rumah dari pihak bomba atau pihak sekolah.
10.3 PENGGUNAAN MAKMAL, BENGKEL, BILIK KOMPUTER DAN BILIK KHAS
10.3.1 Pastikan bilik-bilik ini serta alatan di dalamnya digunakan dengan betul mengikut peraturan-peraturan
penggunaannya.
10.3.2 Jangan sekali-kali biarkan pelajar menggunakan alatan-alatan (terutama yang berbahaya) tanpa
penyeliaan guru.
10.3.3 Penyeliaan keselamatan pelajar dan alatan hendaklah sentiasa menjadi perkara utama yang perlu
diingati guru.
10.3.4 Sentiasa pastikan di akhir penggunaan, suis elektrik dimatikan (terutama penghawa dingin) dan bilik
dikunci semula.
10.4 KEBERSIHAN
10.4.1 Kebersihan kelas, sekolah, asrama dan kawasan sekitarnya adalah tanggungjawab bersama.
10.4.2 Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, pastikan kelas bersih dan teratur mengikut amalan
5S.
10.4.3 Latih pelajar supaya tidak membuang sampah merata-rata dan setiasa menggunakan tong sampah.
10.5 SISTEM PERAKAM WAKTU
10.5.1 Pegawai dikehendaki berada di sekolah atau tempat latihan sekurang-kurangnya sepuluh minit sebelum
waktu kerja bermula seperti berikut :
Isnin,Selasa,Khamis 8.30 pagi – 3.30 petang
Guru Rabu 7.20 pagi – 3.30 petang
Jumaat 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Jurulatih 6.45 pagi untuk latihan sesi pagi.
Isnin,Selasa,Khamis, Jumaat 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Jurulatih Rabu 7.20 pagi – 10.00 pagi
23

